BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, November 07, 2010

Sama-Sama Kasih!

Baru usai mandikan ibu_suri sebentar tadi. Selalunya, bila mandi begini, dengan aku aku sekali lenjun. Al- maklumlah, mandikan orang dewassa. Dan alang-alang dimandikan biarlah dengan hati yang ikhlas. Yang jujur. Bukan mandikan dia kerana terpaksa. Tu yang habis lenjun segalanya..

Tersentuh hati bila setiap kali selesai mandi dan lap badannya,  ibu_suri akan ucapkan;

"Terima kasih!" dengan bibir yang menggeletar.

"Sama-sama kasih. Dari kekasih untuk kekasih..." balasku sengaja untuk melihat dia tersenyum. Senyum yang tidak seperti orang biasa.

"I rasa puas bila U mandikan. Rasa bersih badan I."

Mutakhir ini aku kerap beri ibu_suri makan pisang. Beberapa bulan lalu ibu_suri di hospitalkan kerana mengidap kebas mulut. Doktor syak ibu_suri akan menerima 2nd stroke lalu memaksa aku hantar ibu dengan segera. Diagnosis doktor mendapati rupanya ibu_suri kekurangan Potasium dalam badan.

Bila aku bercerita kepada rakan-rakan ada yang mengatakan pisang mengandungi banyak Potasium. Kemudian, bebaru ini ibu_suri mengalami masalah sembelit yang kritikal. Makanya aku kira pisang adalah rutin makanan ibu_suri yang terbaik di masa ini. Disamping mengandungi Potasium, ia juga mengandungi serat.

Aku suka makan pisang berangan akan tetapi ibu_suri sebaliknya sukakan pisang emas. Begitulah kami selalunya... jarang mempunyai citarasa yang sama. Dan selalunya..... itulah, aku yang banyak mengalah.

Tapi mutakhir ini pula aku kerap bagi ibu_suri makan ubat selepas minum segelas milo setiap pagi. Memang sejak dulu ibu_suri jarang makan pagi. Ini salah satu punca sesaorang mudah dapat stroke, mengikut kata pakar kesihatan. 

Ada rakan yang mencadangkan supaya diberi ibu_suri makan oat. Akan tetapi oat bukannya sedap. Dan bagi ibu_suri yang memang sejak azali kritis bab 'sedap tak sedap' makanan ni memang dia tolak oat ini siang-siang lagi. Malah bila aku cuba beri ibu_suri makan makanan bijirin HPA pun ibu_suri merungut panjang dengan aku.

Mungkin kalian tahu alternatif lain untuk aku beri kepada ibu_suri setiap pagi sebelum pergi kerja sebagai selingan dia memakan ubat?

26 ulasan:

razip berkata...

Oat ni kalau tak biasa, payah nak lepas kerongkong. Namun khasiatnya baik - boleh turun kolesterol, dan macam "arang batu" - membekalkan tenaga slow & steady. Tak macam nasi, yang bersifat macam "petrol", cepat habis terbakar.

Mungkin boleh try Milo + oat, wallahu a'lam.

a.z.r.i.n.a.03.07 berkata...

Salam IM,


Cuba cereal pula tapi tak tahulah kalau boleh membantu.

Acik Erna berkata...

IM..orang sihat pun tak mau makan oat tu..
cuba la..belikan macam2 biskut ke roti..mungkin ada satu diantaranya yang sesuai dengan tekak ibu suri..

K.Nor berkata...

salam... apa kata bg makan kurma, 3 bj setiap pg.. amalkan ganjil ikut sunnah nabi.. kurma pun bagus utk sistem penghadaman selain tu banyak lg khasiat dia kan.. mudah2an mendapat keberkatan dr Allah

ibuintan berkata...

salam IM,
pisang memang elok untuk penghadaman tetapi tidak bagus untuk pesakit diabetes

cuba beri ibu-suri minum susu kambing segar ataupun yang telah dipeketkan

hentian berkata...

razip,
tkasih atas cadangan. boleh cuba milo + oat = miloat?

azrina,
tengah fikir ni cereal apa yang terbest..

kak Erna,
2-3 hari ni yang selera buat ibu_suri ialah roti canai..tapi...erksss..

k.nor,
buah kurma memang diakui bagus. tapi budaya kita ni selera makannya cuba di bulan puasa..

ibuintan,
ye ke? kena kurangkan pisang nih! susu kambing ni IM sedang cuba-cuba amalkan. kawan IM jadi pembekal.

sud@is berkata...

oat memang bagus untuk sembelit dan kolestrol, aku paksa makan sbb kesihatan juga, lama2 dah jadi lali, telan saja...harap ibusuri cepat sembuh dan IM diberi ketabahan...

Tanpa Nama berkata...

Saya rasa pun oat bagus. Untuk sembelit dan mudah buang air besar. Satu lagi buah betik pun bagus. Alhamduliialh tuan menjaga orang tua ngan baik. Besar ganjarannya tu.

Mountain climber

ummu berkata...

asalamualaikum IM
kalau lepas suami mandikan saya pun
saya akan terketar2
syukurlah sekarang saya dah kuat sikit nak angkat tangan sendiri.
alhamdulillah

bijiran radix tu pula
ialah maknan yang boleh saya telan sepanjang saya hamil dulu
selain bubur
dan kentang lenyek

kadang2 kasihan melihat suami
yang kena buat ni semua

yang mampu saya ucapkan,
Terima ksih,bang

Abu Uwais berkata...

tak terkata membaca. salam perkenalan dari jey yusuff. follow ur blog

hentian berkata...

sud@is,
mungkin IM fikirkan untuk bagi ibu_suri makan oat. cuma bagaimana...

mountain climber,
selalu bila MC komen n3 IM, IM teringat zaman-zaman mendaki gunung dahulu...

ummu,
maaf. barangkali IM boleh berkongsi rasa dengan suami ummu itu. hem...

komen ummu mengingatkan perbualan IM dengan mak di kampung semalam. nanti IM fikirkan untuk menulis tentangnya...

Jey Yusuff,
hidup hanya sekali. muda juga sekali. membaca tulisan IM muga menjadi iktibar juga buat JY. teruskan menjalankan xtvt kemasyarakatan. jangan lepaskan peluang hidup yang sekali ini...

ibundo berkata...

salam. oat kalau makan begitu saja memang jemu dan kurang sedap. pelbagaikan cara penyediakan. rasanya kalau im google, banyak resepi berkaitan oat.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam IM, Akak memang tak leh terima Oat tapi kerana khasiat nya amat bagus jadi akak gantikan Nasi kpd Oat.
Sekarang akak makan oat macam makan nasi dengan lauk pauk.
Kenyang dan sedapp..dah biasa..
Buang air besar lawas..
So oat sentiasa ada stock kat umah..
Ibu suri kena tukar pattern pemakanan jika mahu perubahaan.
Mestiiii....pujuk dia.

Maiyah berkata...

sy suka oat ni.. tp x hari2.. selangkan ngan ho ho holick :D
kirim slm ngan ibu suri ;)

IMANSHAH berkata...

salam Im..pertama kali ke sini..

terharu dan hampir menangis membaca kehebatan IM menjaga ibu-suri

Cik SHiNJU berkata...

Salam IM..

cuba oat krunch..
biskut oat krunch ade byk perisa..
ade strawberry,blueberry,chocolate dll..

Semoga IM diberi kekuatan dan kesihatan yg baik utk terus menjaga keluarga IM..

hentian berkata...

kak pah,
sedang pujuk ibu_suri utk tukar ke oat.

marina monroe,
rupanya ramai orang dah amalkan makan oat ni ya..

maiyah,
oat dengan horlicks bukan ramuannya lebih kurang sama ke?

imanshah,
lain padang lain belalang, lain orang lain dugaannya.

cik shiNJU,
tkasih atasdoa..

@na berkata...

Terharu. Saya amat memahami keadaan ini. IM, cuba buat campuran resepi yg pernah saya buat, campuran kurma + oats + pisang + bijiran campuran (blh didapti dr farmasi). Cara buatnya begini: kurma digunting halus2, begitu juga dgn pisang ptg kecil2 dan campurkan dengan susu segar (kotak), tambahkan sedikit oats dan bijirin tsbt. InsyaAllah, ibusuri dpt terima. Ok, IM slmt mencuba....

CikguAreefNaim berkata...

salam,

moga en. im sekeluarga tabah menghadapi setiap ujian yg diberikan allah swt...

mafhum ayat 1-5 surah al-'ankabut : adakah kamu menyangka kamu telah beriman, sedangkan kamu tidak diuji lagi (boleh check tafsir utk terjemahan lbh detail)...

sesungguhnya allah menguji setiap hambanya sekadar kemampuan hambanya.

kak wan berkata...

Maaf ,kakwan takleh nak cadangkan apa - apa sbb kakwan pun jarang makan pagi utk diet dan kekadang tak sempat atas tuntutan tugas sbg surirumah / orglain tak b/fast kat umah.
Tumpang baca cadangan2 yg bagus / dan selain memberi menafaat buat ibu_suri juga buat kakwan.
Moga IM tidak putus asa /teuskan usaha utk melihat ibu_suri terus sihat .

Ahmad Habuna06 berkata...

Salam,
Pagi pagi minum milo tu kot yang dapat semelit.

hentian berkata...

@na,
tk atas cadangan resipi.

Areef,
muga benar ini ujian dari allah yang akan menyedarkan IM dari lena.

kak wan,
dapat tolong doakan IM dan ibu_suri pun lebih dari bermakna.

Habuna06,
ente buat ana ketawa besarlah pagi-pagi nih!

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Kakak tak mahu ulas tentang oat tu. Tapi kakak terharu dgn prihatin/tanggung-jawab yang IM galas dalam menjaga ibu_suri itu.

Sayu rasa hati. Moga Allah memberi kekuatan buat IM terus menjaganya dgn sabar.

Ms.Lilies berkata...

alhamdulillah...
gembira hati ibu suri bersuamikan IM...


kalo ibu suri suka pisang...pelbagaikan cara nak makan...oat tu tak semua orang suka...saya sendiri makan dgn susu pekat huhuhu....sungguh xsihat

Murni Alfathunnisa berkata...

Salam IM,

Maybe lepas ni IM boleh pelbagaikan resipi oat & pisang..bg nampak menarik & tak jemu dimakan.

hentian berkata...

kakzakie,
udah tanggungjawap. gitu akadnya dengan tok kadi dulu..

ms lilies,
susu pekat kan tak bagus?

siti murni,
oat tetap oat...