Tadi pagi. Semasa aku memandu ke tempat kerja. Semasa aku menyelusuri lebuhraya Seberang Jaya. Semasa aku cuba tenang mengawal stereng kereta.
Di hadapan aku tiba-tiba sebuah motor merapati sebuah motor lagi yang ditunggang oleh sepasang suami isteri di sebelah kiriku. Agaknya adalah apa-apa kesilapan yang dilakukan oleh pasangan itu hingga membuatkan penunggang bujang tadi kelihatannya begitu marah. Benar-benar marah dia. Dengan wajahnya. Dengan jari tangannya yang menunjuk ke arah suami. Tanpa dia menghiraukan sibuk dan banyaknya kenderaan lain bersimpang siur. Begitu marahnya dia seakan tidak mudah padam.
bukan mudah bersikap tenang dalam perjalanan. |
Pasangan tadi kelihatannya tidak membalas. Suaminya tampak seperti cuba fokus pada pemanduan.
Aku membunyikan hon. Namun seperti tiada kesan apa-apa. Aku kemudian geleng kepala.
Lebih mengujakan aku bila sibujang tadi meludah ke muka isteri yang memakai pakaian jururawat. Errkss... Tega si bujang itu ya.
Tak habis lagi. Si bujang itu terus mengekori pasangan tadi dan hilang di celah banyaknya kereta.
Aku cuma menarik nafas panjang. Dunia ini... macam-macam adanya!
18 ulasan:
Salam...
Moga sdra sihat hendaknya...
Marah benar nampak si bujang tu tapi tak apa ada pahala disebalik yang sabar dengan kemarahannya..
salam...
nampaknya pengguna jalanraya di Malaysia ni memang mudah naik darah..
mungkin faktor mengejar masa menjadikan mereka begitu
adalah tidak wajar membiarkan kemarahan menguasai kita apatah lagi di jalan raya. sungguh aib berperangai begitu..
Nak jadi samseng jalanan lah tu.
salam...
marah sampai mcm tu...tak boleh saye nak bayangkan....
salam,
itulah akibatnya jika amarah menguasai diri. itu tanda syaitan dah berjaya merasuk diri kita...
kkdg dlm kita memandu, tanpa sengaja mmg kita ada melakukan kesilapan. tp kkdg ada org yg tdk blh menerima kesilapan pemandu lain yg mungkin membahayakan keselamatan diri mereka...
tp klu pasangan tu tak membalas, sy yakin pasangan tu ada melakukan kesilapan yg mmg tdk mereka sengajakan... mrk rs bersalah, sbb tu tak membalas...
Salam IM...
Manusia bila terlalu marah dikuasai iblis..terus hilang pertimbangan..hilang rase malu.. :@
kita penonton setia
hebat juga drama sebabak tu ya..
tak mampu mengawal kemarahan akana membuatkan kita melakukan tindakan di luar batasan.
maka terjadilah sepertimana yang terjadi mutakhir ini...
kadang2 kehidupan ini sangat sukar untuk difahami.
Itu baru naik motor tu kalaulah dia naik lori/treler ke cam mana ye.
Jalanraya adalah tempat menguji kesabaran ..
izman,
memang hidup ini abstrak..
kak wan,
dia tak layak bawa treler...
Aslmkm IM.
Babak2 di jalanraya ni memang pelbagai. Itu salah satu episod.
Anehnya sipenunggang2 motor ni selalunya suker menyalahkan orang lain ... umpamanya kalau dia tesepit antara kereta yang diredahnya, ditendang/diketuk2nya kereta tu!
DDrfauziah,
motor salahkan kereta. kereta salahkan lori. gitulah adanya manusia...
salam ziarah...
Fasiliti kelas pertama, mentaliti tahap tong sampah... x semua tapi segelintir... sekor lembu buat taik, sekampung dapat bau hu3
Dunia2...
macam2 hal lah laa ni..
silap2 ada yg kena bunuh lak tu nantinya...hisss..
hasrul,
bukan orang lain. jiran senegara kita juga tu..
lana-bulu,
gitulah kenyataannya masyarakat kinta kini. tenat..
Catat Ulasan