Bukan sengaja malah jauh sekali tidak mahu. Pi balik pi balik kerja, tau-tau esok dah nak raya dah. Aku lansung tak buat persediaan apa-apa. Tak macam raya puasa lalu. Rumah tak berkemas. Barang-barang dapur pun tak sempat beli. Dan bila terdengar takbir raya semalam aku tiba-tiba teringat lemang.
"Angah, balik jangan lupa beli lemang 3 batang dengan serunding. Jangan beli kat kedai dulu tu. Lemang dulu mentah lansung tak boleh makan. "
"Hujan la ayah..."
"Kena beli. Kalau tak esok nak makan apa kita. Kedai bukannya buka."
Memang serabut juga jadi suami, ayah dan suri rumah sekaligus ni. Mana nak fikir pasal Akhmal yang baru mula kerja, pasal Angah dengan kenduri kahwinnya dan Along. Mana lagi dengan hal kerja, rutin menjaga makan minum, ubat dan mandi ibu_suri, kain baju, rumah, laman rumah dan sesekali adik-adik di kampung. Tu nasib baik anak baru 3. Kalau 10 macam yang pernah aku dan ibu_suri angan-angankan semasa tengah asyik masyuk bertunang?
Sempat bersembang dengan rakan sekereta masa balik kerja semalam dalam hujan yang lebat selebat-lebatnya;
"Kerja dapur ni kalau nak dikira tak boleh habis. Ralit buat kerja di dapur, ruang tamu terbengkalai. Kekadang bila begitu, ibu_suri nanti suruh IM berhenti buat kerja dan duduk tepi dia. IM tak boleh duduk je. IM nanti mengantuk.."
Barulah aku dapat rasakan bagaimanalah seorang isteri yang berkerjaya. Balik rumah terpaksa menghadap dapur dan kerenah anak.
Apa-apa pun, Selamat Hari Raya Korban. Mengulas kata Senyum Kambing; pengorbanan perlu untuk meneruskan hidup. Akan tetapi pengorbanan mestilah yang elok-elok. Yang niatnya kerana Allah. Barulah keberkatan itu datang.
Alahai... Teringat mak di kampung la pulak.. isk!..isk!..
Alahai... Teringat mak di kampung la pulak.. isk!..isk!..
16 ulasan:
Selamat menyambut Hari Raya walaupun tak sedar dah nak raya ek? Tentu banyak yg difikirkan dan yg nak dilakukan oleh IM sehingga tak perasan dah nak raya.
selamat menyambut raya qurban..
itukah pengorbana Im..terhadap anak2 dan ibu suri...
selamat berhari raya IM
semoga pengorbanan kita diterima
selamat hari raya IM.. :)
salam IM....
sihat?
selamat hari raya...
moga happy bersama family..
Selamat Raye Yop. Kalo ade terpinjamnye mita halel lee.
Maaf zahir batin Yop weah.
Ateh !
slamat hari raya korban IM,
dalam meneruskan kelangsungan hidup memang banyak yang perlu dikorbankan... yang penting ikhlasnya kita
selamat hariraya bro...hehe teringat kg pulak eh...
Berkorban di Hari Raya Korban. Besar benar fadilatnya tu....Alhamdulillah...
Selamat hari raya qurban bt IM dan keluarga...:)
yb,
tak perasan tak pe. jangan tak perasaan..
kak erna,
pengorbanan buat semua..anak dan keluarga..
imanshah,
muga-muga..
sensei,
u will not feel happy untill u make it happy..
hrusli61,
terpinjam tu boleh halal. terhutang tu kena bayo ler..keh..keh..
maiyah,
selamat hari raya juga. 4 hari je tau.. jangan lebeh..
ibuintan,
betul tu. kalau ikhlas, hati puas..
mario,
ni baru balik dari kg lerr.. dapat juga rasa lemang dan rendang kg..
faatip,
bak kata ibuintan, kalau ikhlas, pengorbanan yang kecik pun besar pahalanya..
siti murni,
selamat hari raya juga. pi sembahyang raya kat mesjid tak...?
raya saya & adik-adik, tak macam raya.
Salam IM,
Telah lama pengorbanan itu
aku perhatikan
kekentalan jiwa mendokong
sebuah kehidupan
meraih impian
entah bila kecapaian
sayu....
Aku mengerti itulah pengorbanan
hati seorang insan
dibajai keimanan
sebagai pengemudi
seluruh mahligai
biar luluh perasaan
hidup perlu diteruskan
Benteng kesabaran
ada waktunya akan runtuh
moga tidak padamu IM
Selamat Hari Raya Qurban
semoga semakin tabah
doa dari kakak buat IM sekeluarga
Berkorban apa saja untuk keluarga apa lagi orang tersayang betul ka IM, belum terlambat selamat hari raya kurban
ain,
itu sebahagiaan dari resam hidup. tabahlah hadapi dugaan.
kakzakie,
tk atas puisi. insyaAllah, IM akan simpan dalam folder puisi IM.
sud@is,
berkorban untuk lain orang namun kebajikan diri sendiri kena jaga juga.
Catat Ulasan