Semasa di bilik 'termenung' tadi tiba-tiba aku terdengar suara azan. Heran juga aku apasal azan pula sedangkan jam baru 8.30 pagi.
Aku tiba-tiba teringat semasa aku masih kecil di kampung. Hujung tahun selalunya musim hujan. Diselang-seli dengan angin kencang. Rumah aku jauh di hujung dan tak ramai jiran. Dekat dengan landasan keretapi. Dekat dengan gunung. Di kelilingi pokok-pokok besar terutama pokok kelapa. Jadinya, bila musim angin kuat, paling merisaukan mak aku ialah jikalau pokok kelapa tumbang menimpa rumah.
rumah adik. bersebelahan rumah mak. berlatarbelakang gunung Mat Sirat |
Sayu hati ini bila mengenangkan saat-saat susah dan saat-saat pengorbanan seorang mak memelihara kami adik beradik.
Tapi, azan sebentar tadi ini tak tahu pula pasal apa...
25 ulasan:
saya juga teringat zaman menempuhi banjir di kelantan..sungguh seronok..bukan herankan sangat bahaya..tapi nak seronok je..
salam IM,
bile bace ni..buat saye teringat kisah mase kat kg dulu2...tapi mase tu saye masih kecik2 lg...ade org laungkan azan kalau ade ribut berlaku...
Salam IM
mungkin ada org sedang belajar mengalunkan azan kot..
Budak2 praktis azan kot..
saya .. kalau sedang drive dalam hujan lebat mesti minta anak azan juga..
kalau sensorang sendiri azan... hilang rasa takut
imanshah,
mesti best buat rakit batang pisang, kan!
ainnoraini,
perasaan takut tika tu bukan kepalang. macam nak kiamat dah..
sud@is,
bukan suara budak tu..
ibuintan,
IM suka drive dalam hujan. tak tahu kenapa..
salam,
maybe azan kat tv kot, hehehe...
pengalaman itu wlu pahit utk dikenang, tp sbnrny itulah yg mendewasa n mematangkan kita...
bila hidup dh sng sikit ni, mmg family diutamakan. cuma kesal sedikit, sebab arwah ayah pergi dahulu sebelum sempat merasa keringatnya berbalas...
salam IM..masa mula2 dok ytaman akak sekarang..terkejut juga bila tiba2 dengar azan..rupanya nak bagi tau ada orang meninggal..
besar peranan azan ni
IM tak tau ka muazzin kat GP tu selalu tersilap azan. Pernah dia azan pukul 12 tengahari time orang makan nasi. Berlarian kami-kami pi habaq kat dia suruh dia stop azan haha. Dia kata jam dia silap!
areef,
sama seperti IM. abah pergi sebelum dapat IM berbakti kepadanya.
kak erna,
sini kalau ada orang meninggal masyarakat diberitahu dengan lampu merah macam ambulan tu
abu muaz,
azan juga boleh juga untuk halau setan, ya,,
bearcat,
memang betul tu. bukan sekali, dah beberapa kali. kena beli jam baru le tu..
Aslmkm IM.
Setahu Kak G orang azan atas pelbagai sebab.Antaranya:
- Sama seperti pengalaman IM, ada orang azan kerana sedang menghadapi ancaman musibah.
- azan mengiringi orang yang akan berangkat berjalan jauh termasuk untuk ke Mekah.
azan kira ok le jgn org ngilai lak hehe :D
Assalamualaikum.
Salam AidilAdha.
Azan selain untuk solat 5 waktu?
Ada kesilapan 'teknikal' agaknya.
TQ
Salam IM
Dulu semasa mengajar ada beberapa kali pelajar histeria, jadi ada yang azan bagi meredakan keadaan.
Ada juga terdengar jika terserempak dengan harimau di hutan laungkanlah azan.. insyaAllah harimau tak jadi serang.
Salam ukhwah...
Zaman susah itulah tarbiah terbaik kepada kite untuk survive di masa hadapan :)
saye dulu pun hidup susah, penah makan sedekah orang... tapi itulah yg menjadi motivasi saye utk terus melangkah ke depan... :)
ddrfauziah,
bila susah baru teringat tuhan, ya..
maiyah,
ish kamu ni.. IM sorang-sorang je dalam bilik ni....
admin p@p,
kalau dah selalu, teknikal amende..
werdah,
azan ni boleh dikira penawar juga ya..
hasrul nizam,
rugi bebudak sekarang ya. tak alami hidup susah macam kita dulu..
teringat kisah lama...
agaknya ada majlis berkhatan kot baru-baru ni..errr, kena azan ker?
kalo bulan puasa azan sentiasa ada jam 5am kat sini...kejutkan org bersahur
Adalah sebabnya tu ..pasai tu depa azan masa tu kan..
mario,
jiwang-jiwang yer..
mak su,
ontahlah!
ms lilies,
kat surau IM pun ada jamyg boleh azan sendiri
lana-bulu,
agaknya lah tu..
Salam IM,
Zaman kanak2 memang tak tahu takut dan bimbang apa2. Kesian mak ayah kita yang sentiasa susah hati kerana kita.
Selamat menyam aidiladha untuk IM sekeluarga.
Pernah skali tu Radio Kedah tersilap.. time zohor depa pasang azan subuh.. siap dgn 'assolatu khoirunminannaum'!!
kunang-kunang,
selamat hari raya. 4 hari tu..
kak ja,
hu.. satu Kedah jamaah mendengar tu..
Catat Ulasan