Aku selalu berpendirian bahawa orang yang paling patut kita hormati selain ibubapa adalah isteri (atau suami).
Aku pernah terbaca dalam satu buku yang ditulis oleh orang ahli korporat yang berjaya. Tulisnya; jangan lupa, tulang belakang di sebalik kejayaan seorang suami adalah isteri.
Kita sering lupa hal ini. Isteri selalu diperlecehkan sementara kita membanggakan isteri atau wanita lain. Bila orang lain sakit cepat-cepat kita nasihat berjumpa doktor atau pergi menziarahinya sedang bila isteri kita sakit kita suruh telan Panadol. Itupun, yang entah zaman bila kita beli tanpa merujuk tarikh luput.
Bila pulang ke rumah melihat rumah tidak kemas kita rungutkan isteri kita. Bila terlewat sikit isteri kita menghidang minuman kita pun melenting macam itu satu dosa besar baginya.
Aku selalu beritahu anak-anakku bahawa alangkah hebatnya seorang lelaki yang boleh memasak dan mengemas rumah. Seorang lelaki yang boleh menjahit baju, yang membasuh dan mengemas tempat tidur sendiri. Malah paling hebat yang mensterika pakaian isteri dan menolong buatkan air untuk isteri kalau diketahui bahawa isterinya memang sudah terlambat untuk ke sesuatu destinasi. Sudah tentunya, isteri pula bukanlah seorang yang suka mengambil kesempatan lewat baikhati seorang suami.
Aku amat sedih melihat satu insiden di coaster highway, Penang satu ketika dulu. Sebuah motor yang ditunggangi sepasang suami isteri Cina Tua tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Suami nampaknya beria-ia memarahi isterinya yang sedang turun. Si suami tiba-tiba membuka topi keledar dan mengetuk kepala isterinya dengan topi keledar itu.
Bayangkan jika satu ketika nanti isteri anda atau ANDA ditakdir duduk di kerusi ini seperti ibu_suri? |
Aku amat sedih melihat satu insiden di coaster highway, Penang satu ketika dulu. Sebuah motor yang ditunggangi sepasang suami isteri Cina Tua tiba-tiba berhenti di tepi jalan. Suami nampaknya beria-ia memarahi isterinya yang sedang turun. Si suami tiba-tiba membuka topi keledar dan mengetuk kepala isterinya dengan topi keledar itu.
Bagi aku yang mula terasa kehilangan sentuhan dan belaian isteri mendoakan selalu agar tidak pula terus kehilangan dirinya pula. Biarlah begini jika ini takdirnya. InsyaAllah, aku akan menjaganya penuh ikhlas. Bagiku, melihat sekuntum tawa ibu_suri seperti melihat bulan purnama di malam hari...
Malah, kekadang aku rasa beruntung kerana berpeluang menjaga ibu_suri dalam keadaan begini. Yang muga-muga dengan keihlasan yang aku ada, Allah akan memandang aku dengan rahmatNya. Tidak semua orang menemui peluang seperti aku ini...
Justeru, hargailah isteri ( atau suami ) kita. Jika dia menegur, dengarlah dengan hati terbuka. Pandanglah isteri kita dengan pandangan kasih sayang. InsyaAllah, Allah akan pandang kita dengan kasih sayangNya pula.
Justeru, hargailah isteri ( atau suami ) kita. Jika dia menegur, dengarlah dengan hati terbuka. Pandanglah isteri kita dengan pandangan kasih sayang. InsyaAllah, Allah akan pandang kita dengan kasih sayangNya pula.
25 ulasan:
salam IM,
beruntungnya pasangan ini..
menerima takdir dengan seikhlasnya itu yang terbaik
IM
anda suami terbaik!!TABIK!!
sungguh suka lagu ini!!
Salam
Saling hormat menghormati membawa kekal bahagia ke hujung dunia.
salam IM, semoga Allah melimpahkan rahmat dan keberkatan dlm kehidupan IM sekeluarga.. dan semoga terus tabah menghadapi ujian dr NYA ini..
** sesetengah org hanya menghargai bila ditarik nikmat yg diberikan sebelumnya.. semoga kita sentiasa bersyukur atas segala nikmat dan rahmat yg dilimpahkan pd kita juga bersyukur atas ujian yg melanda. kerana ujianNYA itu adalah tanda kasihNYA pd kita ... amiin...
Alhandulillah...tak sia2 pengorbanan
IM..
sebab IM sentiasa bersyukur pd Allah..
ibuintan,
muga tabah juga jika takdir itu meresahkan.
imanshah,
tabik, tabik juga. kalau boleh dijadikan panduan, molek juga.
IM baru beli cd sohaimi mior hassan. tu yang tangkap syahdu nih!
mamawana,
di harap bahagia juga.
k.nor,
teringat lagu 'antara 2 cinta' oleh the zikr
marina monroe,
entahlah. tak pasti Allah terima atau tidak!
assalamualaikum IM
semoga kasih IM terhadap ibu suri dan kasih suami saya hingga ke hujung nyawa kami,
semoga suami kami terus bersedia menolak kerusi roda kami,
dan menyayangi kami setulus kasih Ialhi,
yang tak pernah bettepi.
Salam IM...
semoga rahmat dan kasih sayangNya tetap melimpah ruah ke dalam mahligaimu. InsyaAllah. :)
sentiasa berdoa moga isteri ku sentiasa cantik pada pandangan mata ku.
IM..semoga terus tabah..
ummu,
sesama kita berdoa muga bahtera kita sampai ke penghujung dengan jayanya.
kakcik,
terima kasih atas doa.
abu muaz,
kena suruh dia mandi bunga selalu.
kak erna,
kekadang tabah IM ni kantoi juga.
salam..
tersentuh saya membaca entry ini.. :)
thanks bro dgn ingatan ni...
kudos utkmu IM...
doa saya segala yang terbaik buat IM dan keluarga
tergamak kau…?
Sungguh beruntung ibu_suri mendapat suami spt IM. dan IM sendiri sentiasa muhasabah diri.
Kadang ada unsur luar yg mempengaruhi sang suami dgn alasan siisteri tak boleh di beri muka. Pernah dengar?
bunga,
hasrat IM bagi setiap n3 yang ditulis akan juga memberi menafaat pada orang lain. kerana itu IM selalu menulis pengalaman sendiri. jarang copy n paste tulisan orang lain sebagai n3 blog sendiri.
mario,
muga-muga berguna peringatan IM yang berdasarkan dari pengalaman sebenar IM tu..
a kl citizen,
tk kerana doakan IM.
kak wan,
kita perlu awasi unsur ketiga yg kerap pengaruhi rumahtangga kita. ianya umpama semut hitam berjalan di ataas batu hitam di malam yang gelap. kita tak sedar..
Sesungguhnya anda seorang yang kuat dan tabah,
semuga kekuatan dan ketabahan yang anda miliki menjadi pedoman kepada semua yang membaca n3 ini...amin3x ya rabbal'alamin
biar kita menghargainya sekarang dari pada selepas kita kehilangannya
kita ini di golongan mana?
sy pernh tgk suami tumbuk isteri sebijik dia bg pas tu dia hntuk kat dinding garaj kete.. org lain cuba lerai.. hampeh
salam IM,
smoga bahgia selamanya.. MM doakan kalian dapat sehidup semati. smoga tabah mjaga ibu_suri hingga akhirnya...
sud@is,
muga semua tulisan IM menjadi iktibar buat lain orang.
mamai,
betul tu. teringat lirik antara 2 cinta - nazrey johani.
maiyah,
IM pun tak faham suami yang bersikap gitu. tergamak ya!
mama moden,
muga kita semua dirahmati allah hingga ke akhir hayat.
Salam IM,
Seringkali bila membaca N3 IM rasa sebak menerjah naluri kakak. Mungkin sebagai seorgn insan bernma isteri/ibu kakak dapat menjiwai apa yg telah IM berikan kpd ibu_suri.
ayu terlepas pandang entry ini...
beruntung sbu suri dapat IM...
Catat Ulasan