.terima arahan sebelum bertolak |
Mereka kemudiannya bergerak terus ke bilik gerakan IKRAM Kedah. Dari sana mereka menerima arahan tugasan selanjutnya.
dengar arahan dari wakil IKRAM Kedah |
Kata Akhmal memang dasyat kesan banjir kali ini. Banjir berlumpur dan ada sesetengah rumah sudah naik lumut hijau.
Letih ayah, keluh Akhmal. Ayah saja mahu kamu pergi sana supaya kamu kenal erti susah dan tahu erti menolong orang yang memerlukan, terangku pula.
Sabtu ini 13 Nov, misi bantuan oleh IKRAM akan diteruskan. Akhmal tak dapat ikut serta lagi kerana dia akan mula kerja esok di Kamdar, Bukit Mertajam.
Akhmal - berdiri, kanan |
Aku sebenarnya amat kepingin untuk bersama dengan kawan-kawan semula. Membuat kerja kemasyarakatan yang telah lama kutinggalkan; sejak 3 tahun yang lalu.
Hurmm....Mungkin di lain kali. Harapnya, gitulah...
14 ulasan:
Salam IM...
InsyaAllah, niat yang baik itu akan dikabulkanNya. :)
tahniah kepada Akhmal, bantuan yang amat diperlukan mangsa
salam IM
alhamdulillah
semoga Allah memudahkan urusan IM sekeluarga.
hidup tuk berbakti,kan IM
Elok sangatlah tu. Isikan masa Akhmal dengan aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan.
Ini akan memtarbiah jiwanya yang menuju kedewasaan.
kak cik,
IM memang nanti saat itu. harap sempat..
ibuintan,
setiap manusia memang perlukan pertolongan dan panduan..
ummu,
memang rugi kalau hidup kita ini tidak disi dengan berbakti kepada masyarakat..
hrusli61,
memang itulah yang cuba diusahakan. muga akan menjadi satu didikan secara tidak lansung..
salam Im..semoga harapan ayah tu akan jadi kenyataan..
Bagus program ni, harus diterap nilai-nilai kemanusian, yang susah dibantu
kak erna,
buat masa ni setakat berangan ajelah!
sud@is,
sepatutnya program begini diperbanyakkan. bimbang gak dengan rancangan kerajaan nak ujudkan hub hiburan...
boleh punah generasi masa depan kita..
tahniah tuk akhmal dan ikram...dulu2 masa kena banjir...takde pulak geng ngo islam yg bantu...byk ngo lain2 bangsa yg bantu...kat melaka ni...
Salam IM
Syukur Akhmal dapat bersama-sama membantu. Mulianya kerja itu.
Berat mata kita memandang, berat lagi bahu mangsa banjir yang memikul. Berat juga bahu sukarelawan seperti Akhmal dan kumpulannya yang membantu.
bagus..bagus...membantu tanpa mengharapkan bayaran..hanya keikhlasan semata...
wahh bagusnye akhmal..hehe..kem salam kat akhmal ye encik ayah akhmal..haha :)
mario,
budaya itulah yang perlu kita ubah. IM join JIM kerana mahu membudayakan itulah..
Temuk,
muga itu juga memberi pengajaran buat dia dalam menghadapi hidup masa depan..
kamsiah,
lebih tenang dan damai jika membantu dengan ikhlas. kepuasan hati hanya allah yang tahu..
feez,
akhmal pun masih bujangan..he..he..
salam,
itu tandanya masih ada di dalam hati itu, perasaan untk berubah, mahu berbakti kepada ibu bapa dan masyarakat.
sabarlah di dalam mendidik anak yg bermasalah. ia ujian drpd allah...
baru ni ada org ajak sy join misi ke utara membantu di sana. tp sy tak berkelapangan...
Catat Ulasan