BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, November 02, 2010

Akhmal Oh Akhmal....akhir

Usai sembahyang Jumaat, aku kembali ke kereta. Aku capai talipon bimbit. Ada 6 msicall dari rumah. Gementar dada. Nombor talipon rumah selalunya dari ibu_suri. Apa hal pula ni? Hal aku ke mahkamah hari ini sebenarnya tidak diketahui oleh ibu_suri.

"Ha.. ayah, Akhmal ni. Akhmal dah balik rumah dah."

"Laa.. Macam mana hang balik rumah?"

"Kawan Akhmal hantar." Pulaakkk...

"Kes hang macammana?"

"Akhmal bebas. Kes tak ada bukti."

Entah kenapa aku kurang gembira mendengar keputusan ini.

Bila malam, aku ajak berbincang bersekali dengan Angah tentang apa yang perlu dibuat oleh Akhmal, next..

Nasihat dan saranan dari kawan-kawan serta saudara mara masih terngiang-ngiang di telinga. Tapi aku tahu. Itu sekadar nasihat berdasarkan dari apa yang mereka tahu, lihat dan mereka alami. Tidak semesti 100% sesuai dengan kemampuan dan  suasana yang aku alami pula.

Dalam perbincangan itu aku mengetahui beberapa perkara yang boleh dikongsi bersama;

1. Apabila Akhmal keluar dari STB, masyarakat keliling taman sudah melabelkan Akhmal sebagai budak nakal yang perlu diawasi. Bila saja ada kes kecurian, yang mula-mula ada dalam kepala mereka adalah Akhmal.

2. Semasa Akhmal di gari dan di bawa ke balai, lebih dulu Akhmal di gasak oleh polis. mungkin untuk mengorek rahsia dan meminta pengakuan.

3. Di dalam lokap, Akhmal tidur di atas sekeping papan tanpa bantal, tanpa kasut.

4. Dia di bawa ke bilik siasatan. Di situ dengan tangan di gari ke belakang dia di soal dan diminta mengaku. Apabila Akhmal tidak mahu mengaku kerana dia yakin dia tidak bersalah, tangan Akhmal di cakuk naik ke atas. Tidak mengaku juga, cakuk itu akan ditarik ke atas lagi. Aku dapat rasakan betapa sakitnya keadaan itu. Mereka tidak tahu bahawa tangan Akhmal tidak kuat. Kalaulah ditaakdirkan tangannya patah...

5. Orang yang membuat aduan mengatakan Akhmal mencuri motor tidak datang ke balai polis untuk diambil pengakuan. 

Jadinya, cuba kalian bayangkan. Jikalah anak kalian dituduh mencuri tanpa bukti. Kemudian anak kalian di 'dera' di dalam lokap. Tapi akhirnya terbukti dia tidak bersalah.... Siapakah yang sepatutnya akan membayar semula segala sakit dan derita yang dia terpaksa tanggung? Tidur dalam lokap tanpa selimut, bau hamis selama 12 hari?  Si penuduh? Dia sebenarnya sedang ketawa terbahak-bahak di rumah yang berpenghawadingin.

Justeru itu, jangan mudah sangat menuduh orang tanpa bukti. Kalau tuduhan itu benar, berbaloilah. Akan tetapi jika tudahan itu tersasar,  bersiaplah untuk menjawapnya di akhirat kelak!

Hari ini hari anakku. Mungkin esok lusa, hari anak orang lain pula. Dan bagaimalah anakku hendak berubah menjadi baik jika masyarakat terus terusan berperasangka...

Bukan marah. Cuma sedikit kecewa!

24 ulasan:

Unknown berkata...

SALAM,
AMAT MEMAHAMI DAN BERSIMPATI. APAKAH HUKUMAN KE ATAS PENGADU KALAU APA YANG DIADU TERBUKTI TIDAK BENAR ? DI DUNIA INI MUNGKIN MEREKA BOLEH SELAMAT TETAPI DI AKHIRAT BELUM PASTI ! LF MENGHARAPKAN KELUARGA BERSABAR !

abu muaz berkata...

salam . benar sekali...menuduh memang mudah, membuktikan tu yang payah.suasana keliling kita sekarang tidak banyak membantu membina masyarakat bertamaddun.

ibuintan berkata...

syukur akhmal dah bebas... kalaulah saya....saya juga akan teramat2 marah dan amat2 kecewa, minta akhmal bersabar

ibundo berkata...

salam. banyak benar dugaan IM. dugaan membuat kita terasa lebih dekat denganNYA.

Hajjah Noraini @Nanie berkata...

Salam IM, terharu dgn keadaan yg berlaku terhadap IM. Akak nak beri sedikit pandangan dan pengalaman yang berlaku di kampung akak, adik ipar sendiri yg menjadi 'sampah masyarat' bila satu kes melekat, ketika itu dia baru 18 tahun. Apa saja berlaku di situ, nama dia naik dulu, akhirnya dia melalui keadaaan murung.
Akmal kena ubah persepsi orang sekeling. Rapatkan diri dengan agama, ulang aliklah ker surau/masjid..InshaAllah

Ariff Budiman berkata...

Hari ini hari hang Abu. Esok lusa hari depa pula. Allah tidak pernah lupa. Baca kisah ni pun dok geram dah

kak wan berkata...

Sedih saya baca kisah Akhmal semasa kena tahan..sabarlah ..
Pertuduhan tanpa bukti dah jadi fitnah sebab tu..orang yg suka buat fitnah adalah di laknat Allah.

Kisah ini juga bagi iktibar buat anak - anak ..jgn sewenang - wenangnya melanggar undang - undang.

Dama-Ulan berkata...

dlm kes yg mcm nie mungkin boleh diambil tindakan keatas pengadu.. tapi kena tengok repot polis yg dia buat.. klu dlm rekod tu memang ada nama anak Abg Im disebut sebagai suspek dan diakhir siasatan polis tak dpt membukti kesalahan suspek maka kita boleh ambik tindakan keatas pengadu..

Cuba cari lawyer dan berbincang.. Dalam sesuatu siasatan polis yg penting adalah bukti utk menyabitkan kes selain dari saksi.. Mungkin dlm kes anak Abg, polis x dpt bukti krn polis hanya ada saksi.. So kita boleh ambil tindakan keatas saksi kalau dia cuba berbohong atau cubaan melakukan provok keatas diri kita.

Kalau anak Abg tahu cerita sebenar kes tu adalah lbh baik beri kerjasama kpd polis.. Apa yg anak Abg lalui tu baru suku. Kekerasan dalam soal desak nie memang biasa... tu belum kena cabut kuku kaki lagi tu... bersabarlah...

@na berkata...

Doakan akmal tabah menghadapi ujian besar itu di usia yang masih muda..Walaupun telah didera dr segi fizikal dan tercalar moralnya Akmal juga patut berbangga kerana tidak keseorangan hadapi ujian getir itu, kerana di sampingnya masih ibubapa yang penyayang..Tak semena airmata saya mengalir, memikirkan keazaban yang dialaminya dan keserakahan manusia..

mario berkata...

setuju dgn komen dama-ulan... kadang2 org yg menuduh tanpa bukti ni kena ajar jgk...tapi bro cuba siasat dulula...anyway...harap anak bro terus tabah...pengalaman bukn semua rasa...mungkin ini bole menjadikan dia lbh kuat...

Ms.Lilies berkata...

alhamdulillah...anak IM dh blk terbukti x bersalah

Cik SHiNJU berkata...

Moga si penuduh dapat hidayah..
Jgn sesuka hati nak aniaya orang..

iBu...gUru berkata...

salam IM
Mahkamah Majistret Bukit Mertajam ...... nostalgia zaman persekolahan laluan ke sekolah setiap hari disekitar 80an...BM High School dan pernah menjadi saksi di mahkamah ini

Acik Erna berkata...

salam IM..sungguh kan..siapa yang harus membayar...segala kesakitan yang ditanggungnya..

Tanpa Nama berkata...

saya setuju kalau anak tuan dituduh curi elok pasang lawyer saman balik penuduh berkenaan. Atau buat report polis anak tuan telah dituduh mencuri motorsikal oleh penuduh berkenaan . Ok tak agaknya.Senang2 je nak tuduh orang mencuri. Pastu duduk diam2.

Mountain climber

hentian berkata...

tindakan untuk saman si pengadu memang ada dibincang bersama angah dan akhmal.

tapi IM ambil sikap tak mahu tambah reba. beban yang ada tak tertanggungkan.

adik IM dikampung dulu pernah turun naik mahkamah berbulan-bulan semata kerana jadi saksi kecuruan di kedai mobil. akhirnya mak IM tak tahan turun naik mahkamah, adik IM gugurkan persaksian itu.

Abd Razak berkata...

Salam sdra...

Sesungguhnya tekanan mental dan emosi yang dihadapi oleh orang yang difitnah amat berat. Apatah lagi kebenaran masih belum datang. Hanya doa dan sabar menjadi teman yang rapat. Semoga Allah terus memberi kekuatan dalam diri sdra dan anak sdra untuk menghadapinya…

Ingatlah dosa menyebar fitnah umpama api membakar ranting kering kerana ia cepat merebak dan akan menjadi abu sepenuhnya. Dosa menyebar fitnah menyebabkan pahala terdahulu dihilangkan sehinggakan penyebar fitnah akan menjadi muflis di akhirat nanti.

ong ong kedek kedek berkata...

Salam ukhwah dan salam kenal :)

Ya Allah sy amat bersimpati dengan apa yg berlaku, semoga Allah menunjukkan kebenaran itu dan membalas dengan balasan yg setimpal ke atas orang2 yg telah berlaku zalim.

Amiin

Tanpa Nama berkata...

Salam IM,

Terkenang air mata membaca N3 IM kali ni.

Sedihnya hati anak kita diperlakukan demikian. Apa lagi itu semua tidak benar.

Bukanlah mendoakan tapi semoga Allah menunjukkan jalan yang benar ke hati orang yang menuduh ni.

Syahazli berkata...

IM...susah sungguh ya nak menyelesaikan masalah ni. Yang sebenarnya perkara yang terbaik buat akhmal ialah dia terpaksa berhijrah ketempat baru dan mulakan kisah baru. Tapi masalahnya siapa pulak yang akan mengambil kisah akan keadaan dia pulak nanti, silap percatursan lebih buruk hasilnya. Serba salah jugak.

Buat Akhmal....ambillah ini sebagai satu pengajaran pada dia, katakan padanya inilah kesan dari kesilapan yang pernah dia buat dulu. Menyakitkan tapi itulah hakikat yang terpaksa ditempuh sebagai pengajaran. Tunjukkan keikhlasan untuk berubah, jauhi rakan-rakan yang sama dahulu, rapatkan diri dengan mereka yang berguna dan berjaya dan boleh dibuat contoh. Ubah rutin harian dengan membuat sesuatu yang lebih bermakna.

Kita tak akan mampu mengubah tanggapan, biarkanlah. Jika tidak kita hanya membuang masa memikirkan masalah dan bukannya penyelesaian...........carilah penyelesaian hakiki. Dan semuanya terletak pada diri Akhmal sendiri.

Saya benar-benar berharap Akhmal mampu berubah dan bertahan seterusnya.
IM> luahkan perasaan IM sendiri dan apa yang IM inginkan dari Akhmal, pandang matanya dalam-dalam dan luahkan.

Nota: ini dari sudut hati saya sendiri dan bukan sudut kepandaian saya.

ain fathihah fhm berkata...

moga akhmal kekal dalam perubahan yg baik

hentian berkata...

tkasih kerana beri komen. terhibur sedikit hati IM. maaf, tak dapat nak balas komen. kalut sikit 2-3 hari nih!

ummu berkata...

Salam IM
Ziarah lagi dari saya
"Tidak semesti 100% sesuai dengan kemampuan dan suasana yang aku alami pula."
ya,hanya diri yang melaluinya yang merasainya,hanya bahu yang menangung dapat merasainya.
semoga dapat mengadaptasi pandangan yang lain dgn realiti sebenar kehidupan saudara.

Kamsiah yusoff berkata...

saya faham perasaan IM..yalah anak kita,tak pernah kita marah,apa lg nak sakiti fizikalnya..tp dibuat org begitu...