BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, November 01, 2010

Siswa KLMU Demo

 


Along ada bagitau aku semasa balik bebaru ini bahawa siswa KLMU sedang bentuk satu grup untuk tangani isu wang PTPTN mereka yang dirasakan telah disalahurus oleh pihak KLMU. Berita terbaru ialah janji bahawa mereka akan dapat notebook sebaik sahaja lulus PTPTN akan dilupuskan. Kenapa, mereka tidak diperjelaskan.

Along dah hampir 1.5 tahun di KLMU. PTPTNnya baru saja dapat pertengahan tahun ini. Khabar mulanya bertiup bahawa notebook akan diperolehi pada bulan 6, tahun depan. Bermakna Along dah habis belajar baru dapat notebook.

Notebook itulah sebenarnya yang aku hendak jika benar-benar dia dapat sebab dia sekarang sudahpun ada desktop yang dibeli sendiri dan netbook yang dia dapat bila daftar streamyx dengan TMnet. Tapi bila Along katakan bahawa notebook itupun tak tentu boleh dapat atau tidak akhirnya aku ambil keputusan untuk beli sendiri. Takut nanti  sekadar menjadi seperti pungguk rindukan bulan je. Nah! sekarang kan dah sah...

Aku beritahu Along bahawa inilah padahnya kalau pendidikan dijadikan perniagaan. Hal ini telah dibangkitkan sejak sebelum tsunami politik lagi.

Entahlah.... Aku katakan pada Along, kalau ayah ada upaya, ayah akan pergi tanya dengan pihak pengurusan kenapa banyak sangat keraguan dengan pengurusan PTPTN. Yuran yang anak aku tidak terlibat dipotong. Kuliah tidak menentu.

Sebelum ini di tv selalu menyiarkan iklan KLMU yang digambarkan sebagai profesional. Along nanti ketawa dan berkata... Indah khabar dari rupa!

Kok manapun, Along sudah pun hampir tamat di KLMU. Aku harap apa yang dia telah belajar akan digunakan sebaiknya bila tamat pengajian.

Semasa Along ambil Diploma di IIC, dia pinjam PTPTN RM15 000. Sekarang ambil Ijazah dia pinjam lagi RM48 000. Mak aih...

Aku dulu belajar di MARA, dapat duit poket RM250 sebulan. Habis belajar duit gaji aku dapat penuh. Along nanti bila habis belajar dia ada hutang dengan PTPTN RM 63 000. Mak aihh... Kesian anak aku &^%$#@@!@%^*())

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Itulah padahnya kalau pendidikan diniagakan. Duit PTPTN tu habis disedut oleh Kolej. Ada kes dan kos tertentu kadang - kadang mak bapa kena support lagi dari kampung. Macam2 cara nak sedut duit tu yuran yang entah apa apa, tutoraillah, nota khas dan entah apa2 bayaran lagi. Nak lulus bukan susah pun sangat kat kolej swasta ni.Yang penting ada duit.

Dulu lagi ramai cendekiawan yang tak bersetuju penswastaan pendidikan ni. Walau bagaimanapun sabar jelah.

Mountain climber.

ummu berkata...

Salam IM

Wah untungnya belajar pada zaman IM

QaRaMi HasHim berkata...

blog walking here,
urm btol, kebanyakkan hanya mengambil kesempatan kepada masyarakat..
sbb tu sebelum blaja kna tau betol2 ttg organisasi kolej tu dlu..
klu rajin, singgah2 la blog sy

hrusli61 berkata...

Zaman JH dahulu kami dapat biasiswa cuma RM2400 setahun. Dapat jelas yuran, dapat beli buku-buku dan dapat beli motosikal lagi.

Langsung tidak menyusahkan ibu bapa. Alhamdulillah.

Tapi sekarang JH kena tanggung 3 anak sekali gus yang masih belajar di IPT dan pondok.

Kakzakie Purvit berkata...

Salam IM,

Ramai yang sedar banyak perkara bila dipolitikkan mangsanya adalah mereka yang di bawah. Kesedaran yang hanya ada pada diri tapi tidak dapat diketengahkan disebabkan birokarisi menjadi penghalang. Akan berterusankah akhirnya?... Entahlah....

Dama-Ulan berkata...

sabor..sabor...
tahun depan jangan salah pangkah... kasi tukar

Mario berkata...

perghhh...belum kije dah hutang byk camtu ek...sian budak2 skrg ni...

ummi iman berkata...

la...sama ngan adik ummi..dia sekarang tgh ambil diploma nursing di KLMU juga...urmm..tiap2 minggu minta atuk iman duit belanja..dah duit pinjaman habis untuk baya yuran saja...kesian la..lappy langsung la tak nampk bayang..ni dah last sem

ibuintan berkata...

memang kesian dengan anak2 sekarang, belajar lagi dah berhutang, habis belajar belum tentu pula dapat kerja..

dah banyak dengar rungutan tentang KLMU ni