Ketika sedang makan bersama ibu_suri di kedai depan tokong Cina pekan Kepala batas, talipon aku berdering oleh sms dari F.
"Tak ada ceramah politik ke kat Seberang? Aku nak pulihkan kebolehpercayaan pada PR ni. Rasa macam dah nak luntur."
Aku pun tak pasti. Raya Cina gini ada ke ceramah? Atau YB semua pun nak ambil peluang untuk berihat?
Selepas bertanya pada beberapa kawan termasuk blogger HabunaTrading, aku membalas sms F;
"Setahu aku tak ada. Hang pi la dengar kuliah Dr Danial kat Tapian Gelanggang Batu Uban Ahad ni jam 3 petang. Boleh la gilap hati yang serabut tu."
Begitu hebatnya pengaruh media hingga boleh menggoyahkan pendirian seorang yang tegar dengan sesuatu badan politik atau fahaman macam F. Tak heranlah kalau kerajaan kita ini hari ini beria-ia benar hendak menggubal akta media siber dengan alasan untuk mengawal salah penggunaan media siber oleh pelayarnya.
Namun dalam ketika yang lain aku tak rasa pelik pula sebab jika pergantungan kita kepada dunia itu melebihi pergantungan kita pada Rab, maka bukan setakat terjahan media. Kalau dilonggokkan RM atau perempuan di depan mata, buang serban atas kepala pun boleh terlupa.
Semasa membancuh KH Kopi untuk sarapan pagi tadi, aku tiba-tiba teringat lagu Apek dan Marjina. Manusia ini kalau rapuh pendirian macam Apek tu, sanggup dikelabui mata dengan wang emas dan di tonton merata-rata. Di suruh lompat pun, lompatlah walaupun sebenarnya perjalanan itu tak kemana!