BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Ahad, Mei 22, 2011

Taarif di SamaGagah

Baru balik dari menghadiri program Taarif anjuran IKRAM di SamaGagah. Ingat nak masak nasi goreng saja tengahari ni. Budget yang ada di kocekku sekarang tidak cukup. Tunggu topup budget tambahan dari Angah yang sedang bawa keluarga mertuanya menghadiri konvo adik iparnya di Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Nak tunggu 25hb punyalah lambat!

IM di program Taarif. Foto dari blog JH
Udah lama sebenarnya aku tak join dengan program bersama sahabat-sahabat seperjuangan. Sejak ibu_suri di serang angin Ahmar, semua aktiviti luaran aku freezekan. Aku tumpu sepenuh perhatian pada masalah baruku itu. Maklumlah, otak aku bukan otak profesor atau ahli politik yang boleh fikir banyak perkara dalam satu-satu masa. CPU otak aku ini cuma dari teknologi lama.

Sebenarnya ada beribu-ribu rasa segan ada dalam dadaku ini. Tapi aku tepis semua dengan iltizam untuk mahu kembali melalui kehidupan di atas manhaj yang pernah aku jambati dahulu. Pengisian dari Hamizat memang berat isinya. Oleh kerana aku sudah biasa dengan pengisian berat begini aku masih dapat ikuti 

Aku tertarik dengan fakta yang dipetik dari tulisan Steven R Covey dalam bukunya 7 habits - Begin with the end in mind. Maksudnya jangan biarkan hidup kita ini berlalu begitu sahaja. Letakkan satu sasaran yang kita boleh capai dan bermanafaat pada diri dan masyarakat.

Aku juga teruja dengan fakta dari Moche Dayan, Pendana Menteri Israel dulu. Katanya, umat Islam kini lemah dan dayus kerana 3 perkara;

1. Lupa akan sejarah kegemilangan Islam mereka dahulu
2. Membuat sesuatu tanpa perancangan yang teliti
3. MALAS!

Tiba-tiba Angah menalipon aku;

"Ayah, dulu ayah makan mi kari kat mana?"

"Kalau kat pekan Ipoh ni bukan mi kari tapi mi rebus?"

"Mi Rebus Ramli tak jauh dari Kamdar!"

18 ulasan:

zul permatang badak berkata...

Satu sasaran agar diri terjun dalam permanafaatan untuk masyarakat,maksud I/M...khidmat kemasyarakatan......
boleh kut.....sesiapa saja boleh.,asal sedia berkorban masa dan wang ringgit...

Granny Hani berkata...

pasal mee kari tu yg menarik minat akak..

izman berkata...

setuju bang, hidup mesti terus dan harus ada impian untuk dicapai.

Maiyah berkata...

assalam..

selagi bernafas selagi tu byk tnggungjawab kita :)

norh berkata...

kadang2 rasa malas jugak tapi situasi sekeliling saya membuatkan saya terpaksa menjadi tidak malas.. he he

hrusli61 berkata...

Kira OKlah Buu. Kerana manual memang kena masuk gear satu dahulu. Tapi jangan lama gear satu nanti panas engin. Jika jalan sudah laju masuk gear dua dan seterusnya.

Lainle deme yang guna kereta auto gearnya tukar sendiri itu kelajuan.
SYABAS TAHNIAH ONE STEP FORWARD.

Tanpa Nama berkata...

Semoga IM terus dengan hajat yang dah ada.

hentian berkata...

zul,
kerja kemasyarakatan adalah tugasan semua orang. hari ini hari kita menolong, esok-esok orang lain pula tolong kita.

hani,
ingat makan aje yer..

izman,
barulah benar-benar hidup namanya.

maiyah,
kalau kita buat dengan ikhlas, insyaAllah mati nanti kita akan dapat labanya.

norh,
itulah peranan alam sekeliling. dia mempengaruhi sikap dan budaya kita. bagaimana alam sekeliling anak-anak kita?

hrusli61,
orang hokkien kata - man man cho...

kunang-kunang,
muga-muga Allah permudahkan. tkasih!

ahmad humairi berkata...

aaahhh...tetiba teringat kat mee rebus ramli...

Kakzakie Purvit berkata...

Baguslah IM at least apa yang sekalu bermian di minda utk kumpul bersama teman dah kesampaian....

mamai berkata...

suka baca 7 habits tu dan itu la saya gunakan tuk train my staf

hentian berkata...

humairi,
IM juga tiba-tiba teringin makan. Mee rebus Tapah pun best juga...

kak zakie,
ya.. rasa serononk dapat bersama.

mamai,
tak sempat baca habis.

Adinda Amy Sensei berkata...

IM....apa khabar??

Unknown berkata...

IM--
suka sekali hati ini, bila Im dapat meluangkan diri ke majlis yang bagus dan sesuai dgn minat IM

sekurangnya ayu tau,ibu suri sihat sejahtera

sud@is berkata...

ruang waktu tambah ilmu..semoga diberkati sllu

ummu berkata...

assalamulaiakum welcome back bro.
Allah tahu apa yang dilalui oleh bro dan isteri.
cinta dan perhatianNya takkan pernah berhenti,kan saudara?

NzA berkata...

xpelh, sskali join pn berbaloi2....

hentian berkata...

amy,
hik, IM okay je.

CR,
memang bidang ini minat IM sejak muda.

sud@ais,
selagi bernafas, isikanlah ia dengan kebaikan dan kebajikan.

ummu,
ya... muga tidak akan padam.

nza,
memang berbaloi..