BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, Mei 02, 2011

Khutbah

Tatkala mak sampai dari kampung bersama kerusi roda, soalan pertama yang  mak tanya ialah, macamana persiapan kamu? Agaknya sebab mak tak nampak aku seperti orang sibuk. Rumah pula tenang dan kemas.

Ok mak, jawapku. Tunggu adik beradik datang je. Jam 9 kita bertolak. Kalau lambat nanti kita kena berlari le...,jawapku yang sebenarnya sedang menyembunyikan semuanya.

Untung aku kerana banyak timba pengalaman ketika menjadi penyelia di tempat kerja satu masa dulu dan menjadi pengarah program semasa giat dengan NGO. Semua tugasan saya delegate kat adik beradik, tegasku lagi pada mak.

Memang aku tak mampu nak buat semua. Titik bengik buat bunga telur, buat hantaran, buat sireh junjung, buat gubahan mas kahwin..huuu..bukan bidang aku. Ianya adalah tugasan perempuan yang bergelar isteri. Namun...

Hantaran asas suruh adikku, Niza yang buat. Dia recycle bekas hantaran tunangan adikku beberapa bulan lalu. Adikku yang di Kulim aku minta buatkan kuih bangkit dan pulut kuning. Kakak ipar yang dekat dengan rumah aku minta buatkan nasi lemak untuk sarapan pagi, bunga  peha 25 kuntum, sireh junjung dan gubahan duit mas kahwin. Kakak ipar yang di Bertam aku minta buatkan gubahan bekas buah, coklat, buku dan bunga rampai. Mak pula bawa hantaran bahulu ikan. Comel dan menjadi perhatian utama pula..

Aku cuma pecah peluh mengemas rumah. Dari hujung pagar luar hingga ke hujung pintu dapur dan bilik air. Memastikan ibu_suri memakan ubat dan juga memastikan semua yang datang punya cukup kemudahan dan makanan. Yang duduk di kerusi sambil memarahi cucu menakan yang tak boleh duduk diam walau 15 saat ialah ibu_suri. Sesekali tersunggin senyuman, sesekali ketawa keanak-anakan. Sesekali juga mengaduh kerana belikatnya yang sakit sejak akhir-akhir ini. Doktor beberapa kali menegur aku kerana tidak menjaga makan dan senaman ibu_suri sebaiknya. Lemak-lemak yang ada di bawah kulit awak telah menekan otot-otot dan urat darah awak. Tu yang menyebabkan awak badan awak sakit, tegas doktor Klinik Utama, Bukit Mertajam yang masih muda.

Foto Hiasan
Agaknya, selain Angah yang dikhutbahkan Masjid Permatang Batu, akulah orangnya yang paling gusar. Bimbang takut-takut dia jem. Soalan dan tazkiran dari Kadi tu boleh tahan juga. Ketawa sekalian hadirin bila Kadi bertanya, apa tujuan kamu kahwin? dan Angah menjawap, untuk dapatkan zuriat. Aku cuma mengetap bibir. Aku tahu khutbah Kadi itu bukan saja halanya kepada pengantin semata tetapi juga kepada rombongan yang hadir!

Apa-apapun, syukur. Dan bermula hari ini, aku sudah tiada apa-apa hak terhadap Angah kecuali menasihat dan memerhati. Tanggungjawap utama Angah adalah membina keluarganya dan aku tidak mahu menjadi unsur ke3 di dalam rumah tangganya.

20 ulasan:

Fakrur Razi berkata...

Semoga semuanya berjalan dengan lancar...dan Angah pun melafazkan nikah dengan lancar...Selamat menjadi Bapa mertua...

ibuintan berkata...

kan IM... betapa ramai yang membantu akhirnya


syukur, moga perjalanan majlis Angah berjalan lancar

tahniah

hrusli61 berkata...

Alhamdulillah. Tahniah dengan ini rasmi IM telah mempunyai menantu dan telah ada sekumtum bunga lagi di rumah. Sentiasalah menasihati mereka bila perlu.

Sekarang menunggu kenduri kendara pula.

Semoga diberkati keluarga kalian dan menjadi diantara titik-titik perubahan positif.

LadyBird berkata...

semoga bahagia sehingga akhirnya,, ameennn :D

hentian berkata...

fakrur razi,
Selamat menjadi Bapa mertua..hu..ucapan yang mendebarkan juga.

ibuintan,
ya.. IM percaya, ramai yang membantu kerana sikap kita juga yang banyak bertolak ansur, saling menerima kelemahan orang lain dan saling menghormati.

hrusli,
kendara ni pun satu bab juga. lebih tough dari khutbah.

ladybird,
IM harap gitu juga. sebab itu IM tak mahu jadi unsur ke3 dalam rumahtangga mereka.

Unknown berkata...

Mudah2an majlis berjalan dgn lancar..dan angah menjadi suami mithali dn berbahagia dgn isteri hingga di Sana kelak..mudah2an dia mampu jadi seperti ayahnya yg cukup tabah menjaga ibu-suri.

norh berkata...

Alhamdulillah..selamat ye IM

Ariff Budiman berkata...

Memang benar sekali kata-katamu sahabatku. Biarlah angah belajar membimbing keluarganya. barulah dia mengerti betapa besarnya pengorbanan seorang ayah terhadapnya walaupun pada riak muka seperti tiada kegusaran namun berkocak dihati siapa yang tahu. Biar dia belajar menjadi anak yang sudah bersedia menerima bermacam-macam dugaan. Kita sebagai orang hanya memantau dari jauh. Tahniah IM kerana mendapat menantu. Who next. JH atau WN. Tunggu

hentian berkata...

nyanyisunyi,
angah ada sikit cenge bila diserang kemarahan. apa pun kesabaran ayahnya masih diwarisi..

norh,
belum selamat 100% ni..he..he..cabarah lebih hebat menanti di hadapan. kenduri!

budiman,
next should be JH. tungguuu..

:: hayati :: berkata...

tahniah,selamat menerima menantu......

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah segalanya sudah berlalu dengan selamat. Moga Allah kurniakan kepada mereka berdua kebaikan yang banyak dalam rumahtangga mereka.

YUSRI berkata...

semoga majlis dapat berjalan lancar..tu la pentingnya kerja berpasukan...

Benjy berkata...

Tak lama lagi ada cuculah brother IM ni ... tahniah !.. tahniah !.. b3njy juga setuju dengan brother IM, apabila anak kita dah berkahwin kita hanya jadi moniter dan penasihat jee .. hehehe tetapi kalau ada kes yang 'berat' kenalah berhemah menaganinya semoga adil kedua-dua pihak ... Syabas kerana majlis berjalan lancar dan selepas ni brother IM lebih tumpuan kepada Ibu Suri kalau tak kena 'sound' lagi oleh doktor ... hahaha ...emmm... kalau brother IM 'sound' balik doktor tu boleh ke ? .... hahahah jangan marah hanya sebagai gurauan hari pekerja. N3 yang menarik menyedarkan b3njy satu hari nanti b3njy akan menghadapi majlis majlis seumpama ini, terima kasih dan salam hormat.

hentian berkata...

hayati,
tksih. awak bila?

razak,
kebaikan pertama kalau ikut kata kadi tu, sembahyang 2 rakaatnya diganjari dengan 10 kali ganda pahala.

yusri,
kerja berpasukan itu yang kedua. yang pertama ialah cara tuan rumah handle jiwa-jiwa mereka untuk datang menolong dengan hari terbuka.

benjy,
IM habaq siap-siap. hangpa kalau ada anak annti jaga sediri. IM nak rehat. tak mau pikiaq pasai bebudak lagi. dah letih!

Adinda Amy Sensei berkata...

IM....moga semuanya akan berjalan dgn lancar....semoga semuanya selamat...

al-lavendari berkata...

tahniah .. awak dah boleh berasa lega sekarang. saya tengah dup dap ni.. walaupun ini anak kedua yang nak kawin. tak tahu mana yang nak capai dulu.

harap2 di akhir nanti, semuanya beres.

Maiyah berkata...

assalam..

Alhamdulillah.. moga berbahgia hingga ke anak cucu

ghost berkata...

akhirnya segalanya sudah selamat...

alhamdulillah...berkat kesabaran dan doa kepada Tuhan.

Unknown berkata...

ayu mendoakan majlis perkahwinan anakanda tercintamu berjalan dgn lancar....

IM.. ramainya yang bantu kamu...
tahniah..
sebab Im selalu berbuat baik.. maka kini tiba masanya..
amin

PS:tahun lepas raya haji majlis kawin adik ayu, ayu tak buat apa2 walau masa masjlis tunang adik ayu yang urus semua..
adik beradik faham sbb en zalie tak sihat..lepas operation..itu yang ayu hanya jaga kesejahteraan en zalie bersama kerusi rodanya

hentian berkata...

amy,
syukur, semuanya lancar.

al lavendari,
akan dup dap selagi nafas belum berhenti.

maiyah,
harapnya gitulah.

ghost writer,
semua ini kurniaanNya.

CR,
itulah pentingnya kita bersikap baik dengan mereka sebelum ini. mereka kemudiannya ikhlas hati menolong kita.