BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Jumaat, April 29, 2011

Sabar

Maaf jika aku tidak kelihatan singgah membaca sekaligus memberi komen di blog kalian.Aku sibuk yang bukan sedikit dalam membuat persediaan untuk Majlis Akad Nikah Angah pada hari Ahad ini di Masjid Permatang Batu jam 10 pagi. Kalau ada yang ingin turut sama boleh jugaklah!

Tetapi di celah-celah kesibukan itu rutin kebajikan ibu_suri tetap kena dijaga. Bagi aku ibu_suri seperti anak kecil yang kalau makan, mandi dan pakainya sempurna maka kuranglah ragamnya. Senanglah kerja-kerja lain hendak diteruskan. Sesekali bila melihat senyum dan mendengar tawa ibu_suri rasa belas menjadi semakin dalam. Aku tahu ibu_suri percaya dan mengharapkan 100% pada perhatian dan kejujuranku menjaganya. Akupun tidak sampai hati mensia-siakan harapan itu malah selalu berdoa muga Allah tetapkan hati dan perjalananku bersamanya. Biarlah betapa susah, betapa jemu, betapa tertekannya aku dalam rutin menjaga kebajikan dan ragam ibu_suri, aku akan tetap sabar dan ikhlas menjaganya. Muga-muga!

Namun semalam di celah-celah kesibukan ini aku terima panggilan talipon dari Angah. Lalu semalam, semalaman aku berada di IPD Perda. Sekali lagi menerjah ke sana yang entah untuk keberapa kalinya dan entah sampai bila...Huh!

"Ayah, Zam tengah belajar macam mana nak jadi sabar dan tenang macam ayah.." ujar anak saudaraku yang juga memanggil aku dengan gelaran 'ayah' sewaktu memandu balik dari IPD Perda.

Namun dalam sibuk, blog tetap di update 2 hari sekali lantaran menulis umpama minum pagi yang tidak boleh aku tidakkan!

25 ulasan:

ahmad humairi berkata...

Beginikah derita....
Haiii orang yang sabar,
Dituduh berdusta,
Walaupun bercakap benar,
Namaku dicemar,
Mana ku pergi, orang tak gemar,
Imanku takkan bertukar,
Dari menipu, biar terlantar.

...sebahagian bait-bait lagu SABAR dendangan P. Ramlee sebagai renungan.

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum IM,

Orang menyayangi orang yang sabar. Semoga segala masaalah dapat diselesaikan sebaiknya.

Kamsiah yusoff berkata...

salam
IM...kenapa la pulak dgn angah...aduhhh saya yg membacanya turut terasa tekanan yg dihadapi...

Mak Su berkata...

sabar dan tabah itu berat... tapi buahnya hebat :)

ibuintan berkata...

silih datang dan pergi dugaan buat IM

beruntungnya orang yang sabar dan IM memang seorang yang sabar

tahniah bakal dapat menantu

sud@is berkata...

kenapa dengan angah..kurang faham tapi simpati...
sabar kalimah yg hebat untuk dipraktikkan namun IM mampu melakukannya....

NzA berkata...

semoga urusan IM dipermudahkan...
bertuahnya ibu_suri!!!!
semoga segala pengorbanan IM akn mendapat ganjaran yg setimpal....

zul permatang badak berkata...

moga....sabarnya....berterusan..

suatu pegorbanan.....

suatu ujian.........

IM......TAHNIAH....bertambah ahli keluarga....

mario berkata...

yela...semoga bro terus tabah dan tabah....kagum jugak dgn bro ni...sibuk2 pun sempat update blog...

Maiyah berkata...

assalam..

apa khabar IM.. apa yg sy trtinggal ni ya.. angah nk kawin?.. dpt menntu le IM

Sham berkata...

steady IM...hero kena sentiasa sabar n relax...tahniah buat angah..juga buat IM ye...

hentian berkata...

ahmad humairi,
dengar lagu ni teringat DSAI..

kunang-kunang,
IM memang selalu ingin sabar.

kamsiah,
bukan angah tapi akhmal.

mak su,
memang benar sesangat tu.

hentian berkata...

ibuintan,
memang, sesekali IM rasa beruntung kerana punyai sabar yang tinggi.

sud@is,
akhmal di angkut polis.

nza,
itulah selalunya doa IM.

zul,
gabra juga terima ahli baru ni. tak biasa ada ahli perempuan selain ibu_suri.

mario,
memang, update blog come first.

maiyah,
ha..ah, angah nak kahwin dah. tahun depan ibu_suri jadi opah la..

sham,
IM cuba selalu relax.

ghost berkata...

saya memang respect kat abang IM punya kesabaran.seolah mengunyah gula-gula sweet & sour yang akhirnya cuma manis yang terasa.

FaAtip berkata...

dah lama saya tinggalkan kisah IM dgn Ibu Suri....banyak cerita yg dah tertinggal... :)

abuzorief berkata...

salam dan tahniah... keluarga tn IM semakin bertambah, itulah rezeki tuhan yang tak terhingga...

IMANSHAH berkata...

insyaallah ada bahagian di sana

khai berkata...

IM: kalo dekat tingin sy g kenduri IM ni..

hentian berkata...

gw,
sabar tak semudah makan gula-gula..he..he..

faatip,
lepas ni jgn ketinggalan ye. ambil iktibar dari tulisan IM.

abuzorief,
hang bila lagi?UK musim apa la ni?

imanshah,
nak dapat bahagian di sana tu tak payah tu..

khai,
ini cuma majlis akad nikah je. makan nasi minyak 12 jun nanti. sempat plan..

hrusli61 berkata...

Semoga esok Ahad menjadi hari yang paling indah dalam keluarga kalian.

Semoga dirahmati kedua keluarga dan dipermudahkan segala urusannya.

tehr berkata...

sabar itu anugerah yang sangat tinggi nilainya
tiada yang lebih sabar berbanding junjungan kita saw

Granny Hani berkata...

IM,
tak ada lain yg akak nak cakap ni...SABAR. itu jer.

Aida Ali berkata...

Memang jelas IM seorang yang penyabar. Semoga penghujungnya bahagia

Adinda Amy Sensei berkata...

IM.....APA KHABAR?

hentian berkata...

hrusli61,
paling indah buat pengantin. buat orang tua pengantin?

tehr,
betul tu.

hani,
tengah sabor le ni..

aida,
IM harap gitu juga.

amy,
IM ok jer. Amu camne? sori le sebab selalu tak respon kat cit cat