BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Isnin, April 04, 2011

Mana Minuman?

Membaca tulisan Citarasa Rinduan di sini membuat aku terkenang episod makan malam bersama ibu_suri di Restoran Abang E Capati, Kulim.

Semalam aku singgah dengan tujuan untuk makan yang ringan-ringan sahaja. Aku pesan roti  arab sementara ibu_suri pula roti capati. Minum pula Milo O suam dan aku seperti biasanya di sini pesan Gano tarik.

Tunggu punya tunggu tak juga sampai. Ramai orang ni, ujarku pada ibu_suri yang mula gelisah. Bimbang juga aku kalau-kalau ibu_suri melenting di tengah khalayak ni. Kacau nanti.

Beberapa kali ingatkan pekerja restoran yang nampaknya memang cukup kalut. Entah dari mana datangnya orang seramai ini hari ini. Tak seperti selalu yang agak tenang.

Hem, roti dah sampai. Tapi air masih tak ada. Tak sabar menunggu, kami kunyah perlahan-lahan roti itu. Satu suap, satu suap.... air masih tak sampai. Selalunya di mana-mana restoran pun kami pergi, air sampai dulu, tapi kali ini tidak.

Akhirnya, bila melihatkan pekerja lalu membawa dulang penuh minuman aku capai satu gelas untuk ibu_suri. Jangan banyak ragam; minum je, tegasku pada ibu_suri.

You tak ada minuman?

Tak apa!

Sampai ke sudah minuman itu tak datang. Akhirnya aku pergi ke kaunter, membayar bil. Bila di beritahu bahawa makan untuk 2 orang tapi minuman cuma satu, tidak pula mereka minta maaf kerana kelemahan layanan.

Aku buat muka biasa sahaja bila ibu_suri merungut di sepanjang jalan balik ke rumah. Takkan aku nak simbah minyak pula di ketika api sedang marak, kan! Aku katakan pada ibu_suri, kita perlu berlapang dada. Mereka tu sebenarnya ada masaalah pekerja buat minuman, agaknya. Entahlah, lain kali ibu_suri mahu atau tidak makan lagi di situ!

22 ulasan:

mama maman aka yana berkata...

salam...

kami kerap jugak tak dapat minuman... kekadang makanan pun tak dapat... rezeki kita la tu... sabar je la... kalu sy... sy akan tegur agar mrk sedar kelemahan mrk...

ahmad humairi berkata...

Kongsi miniman tu...buh du straw, sedut sama-sama....uahhhh, romantiknya!

Tanpa Nama berkata...

Saya selalu jugak tak order minuman.. share dgn abe. Mgkin staf kat kaunter tu ingat IM pun share jugak kot dengan ibu suri. Atau ada bawak bekal air..? hehe..

ghost berkata...

kalau saya sudah lama tinggalkan restoran tuh..serius,sangat tidak beretika dan pengurusan lemah.

attholib berkata...

Kadang-kadang hati ingin juga melenting bila di situasi begini.. Namun jika dapat bersabar lebih indah bila dikenangkan kembali di lain masa.

PS: Selalunya saya tidak akan datang lagi ke kedai sebegitu buat kali kedua...

..kecuali masakannya terlalu lazat.. hehehe

ibuintan berkata...

macam2 kan IM, tapi biasanya air dah habis tapi makanan lak yg tak sampai2

okey la tu , satu gelas air kongsi berdua

Adinda Amy Sensei berkata...

ade jugak karenah cmtuukan.....boleh buat org tercekik niii....huhh

tehr berkata...

nasib juga tak bersama kanak2
memang boleh bikin kacau tu, bro

ibundo berkata...

mungkin pekerja tak cukup tu.

norh berkata...

saya tak bersabar mcm IM..

sud@is berkata...

pernah juga macam ni...
tunggu punya lama, tiba2 makanan habiss.....

hentian berkata...

mama maman,
IM malas nak tegur mereka. IM faham masalah mereka. cuma semasa tu jer..

ahmad humairi,
IM tak minum lansung. dah biasa juga gitu.

tanpa nama,
IM tak biasa share..

ghost writer,
hari ini hari dia. esok lusa mungkin hari kita.

mutalib,
restoran ini memang IM selalu datang makan

hentian berkata...

ibuintan,
tapi belum pernah minum sampai, makan tak sampai-sampai.

amy,
IM tahan batuk takut ibu_suri naik angin kat pekerja situ.

tehr,
kalau ada anak-anak, kena minta jugak jugak la..

kak pah,
IM agak gitu juga.

norh,
kena sabar la. kalau tak sabar, ibu_suri buat kacau lagi pening IM..

sud@is,
bayar makan aje. mesti taukeh kedai tu terasa..

Benjy berkata...

IM kedai mana yang bro pergi tu ? boelh sebut namanya tak ? bukan aku nak mengamuk kat kedai tu, tidak sama sekali, bukan juga nak buat entri kutuk kedai tu , nak menyumpah jauh sekali .... sebenarnya aku nak apply kerja tukang bancuh minuman ... kekekekek part time job ... untung2 boleh dapat minum free ... SERIOS : kedai kalau tak der sistem macam tulah,... lepas ni band je restoren tu kekekekeke ...

Abd Razak berkata...

Lama dah tak minum kat luar...

NzA berkata...

kita nk makan utk enjoy ttp kalu jadi camtu mmg tension gak...sbb tu anak2 sy lbh suka makan kt restaurant fastfood cz cpt n xpyh tunggu lama2....

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum IM,

Dah itulah saja rezeki IM dan Ibu Suri ketika itu. Pujuk hati......

pB berkata...

salam


biasanya benda ni terjadi kat kedai melayu ...

kedai mamak jarang sangat

Sham berkata...

baru jer buat post pasal bos sy tegur pekedai yang lambat hantar makanan...IM macam biasa cool jer...steady bro..

hentian berkata...

benjy,
basically, servis kedai tu ok. malam tu jer yang tak berapa ok. kira, boleh maafkan depa la..

abd razak,
baguslah kalau gitu. makan kat rumah lagi yakin halallan toyibannya.

nza,
ibu_suri suka makan di kedai orang kita.

kunang-kunang,
IM ok jer. tak tension..

pB,
hek eleh.... kedai mamak depa 'sembelih', kita tak perasan!

sham,
IM cool. ibu_suri je tak berapa cool..

izman berkata...

jarang ada restoran yg makanan sampai dulu sebelum air. ada masalah kot.

setuju dgn tindakan abang, jangan disiram minyak atas api.

alongxp berkata...

normal la kedai melayu...kedai melayu ke? tapi air gano tu air pe bang?