BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, April 23, 2011

Langit Tidak Jadi Hujan Petir

Semalam, aku ajak ibu_suri makan malam di gerai nasi kandar bersebelahan Public Bank dan Hong Leong Bank di Kepala Batas. Siangnya  aku cuma jamah roti dan kuih sahaja. Terasa lapar sungguh.

Seperti biasa aku dahulukan ibu_suri memilih lauk. Dan seperti biasa juga, ibu_suri lambat untuk memikirkan lauk apa yang dia mahu makan. Kesian si 'aci' itu menunggu dengan senduk di tangan kanan dan pinggan nasi di tangan kiri agak lama. Dipilihnya telor dan sotong. Dah habis pikiaq la tu, bisik hatiku.

Lalu aku memimpin ibu_suri ke meja makan di bawah payung. Aku dapat rasakan langit agak muram. Senang nanti kalaulah tup..tup.. hujan turun tak perlu lari mencari tempat teduh, fikirku. Setelah aku meminta aci ambilkan lauk seperti yang dipesan oleh ibu_suri  beserta sudu dan tisu, aku letakkan di hadapan ibu_suri. Sekali lagi, untuk order minuman, ibu_suri berfikir agak lama untuk 'nak minum apa?'

Setelah selesai aku memilih makanan aku sendiri aku duduk di kerusi sebelah ibu_suri. Tiba-tiba;

"Tengok you ambilkan lauk apa?" Mata ibu_suri terbeliak tajam menerjah jantungku.

Arrgggghh..... macammana boleh terambil limpa dan sotong nih!

Serta merta aku minta sorry dari ibu_suri. Huh! Bimbang sungguh kalau-kalau dia naik angin di tengah orang ramai ini seperti yang pernah aku lalui di zaman ibu mengalami bi-polar disorder tahap 1.

Aku perhatikan sekali lagi wajah ibu_suri. Aku  pegang tangannya dengan lembut sambil cuba membaca riak air muka dan mendalami jiwanya. Aku cuba aleh ke topik lain.

"Jangan sebut perkataan telor tu kuat-kuat. Nanti orang ingat apa pulak?" Dan ibu_suri ketawa terkekeh-kekeh. Ingat blue la tuh. Fuhh... Lega rasa di dalam dada. Langit yang tadinya kujangka akan ada hujan dan petir seperti bergemerlapan dengan bintang-bintang!

Tak dapat kubayangkan jika betul-betul 'hujan dan petir' berlaku tadi...

26 ulasan:

Kakzakie Purvit berkata...

Nasib baik IM pandai cari helah. Ialah hidup dah berpuluh tahun bersama mana tak tahu rentak kan.

Kakak suka bila ibu_suri ketawa bila IM kata "telur" its double meaning in her mind caused her to smile.....

NzA berkata...

bertuahnya ibu_suri mempunyai seorg suami yg penyabar mcm IM.....

ibuintan berkata...

hebatnya

dah paham luar dalam, senang je mengawal keadaan

Kamsiah yusoff berkata...

salam
adeii...tergelak sorg2...telur dan limpa jauh bezanya...

ong ong kedek kedek berkata...

salam Im... bagus la IM ni, suami mithali... moga bahagia dunia akhirat, amin

attholib berkata...

kesabaran tuan amat hamba kagumi..

hentian berkata...

kak zakie,
double meaning suami isteri demi kerukunan rumahtangga should be ok la kan?

nza,
kita sebenarnya bertuah mempunyai pasangan masing-masing.

ibuintan,
ambil kesempatan demi kebaikan, ok..

kamsiah,
entah apa yang IM ingat pun tak tahu.

republik n9,
IM terpaksa menjadi begitu kerana IM tahu ibu_suri tak punya sesiapa lagi yang boleh diharap kecuali IM.

mutalib,
IM warisi kesabaran ini dari mak IM.

IMANSHAH berkata...

salam

hurm, kuatnya IM

Kakcik Seroja berkata...

Masa di Seberang Jaya, memang kakcik sangat teringat kepada IM dan ibu_suri. Apakan daya, nombor hp IM telah hilang dari simpanan (masa hp tenggelam dalam air), kakcik minta semula - IM tak kasi... :(

ghost berkata...

bertahun hadapinya sudah tentu abang IM semakin bijak menanganinya..

yang penting abang IM sentiasa sabar dan bertolak ansur.bukan mudah bagi orang seperti saya.

yusri berkata...

kelebihan org lelaki ini ialah pandai mlwak...

Granny Hani berkata...

Nasib baik air di tempayan belum di curahkan lagi ye.

Abd Razak berkata...

Nasib boleh cover line erk!

hentian berkata...

ghost writer,
ya.. bertolak ansur bukan mudah.

yusri,
kah..kah.. lebih lagi lawak double meaning..

hani,
kalau tercurah, basah kuyup..

abd razak,
syukur bebanyak..

mario berkata...

kihkihkih...lawak camtu mmg menjadi la kan...

tehr berkata...

aku juga selalu risau kalau2 datang ribut petir kat kawasan rumah kami
kawasan lain aku malas nak fikir
hehe

Benjy berkata...

IM, orang kata jauh berjalan luas pandangan ... tak salah kalau b3njy katakan di zaman ICT ni ... banyak blogwalking luas pandangan ... sejak aktik hobi blog ni start feb lepas ... banyal blogger yg mempunyai pandangan serta entri yg meluaskan pandangan ku ... dan salah satunya ialah blog IM .... tq IM kerana entri blog mu memberikan ku sesuatu kalainan serta menginsafkan ku sebagai seorang ketua keluarga, suami, dan ayah ...

p/s: tq atas segalanya ...

hentian berkata...

mario,
lawak macm tu bukan boleh selalu. tengok angin dia juga.

tehr,
kalau ribut petir, duduk dalam rumah minum teh panas...

benjy,
begitulah sebenarnya harapan IM terhadap mereka yang BW ke blog IM. jangan pandang serong ke arah penulis tapi pandang ke diri sendiri untuk tauladan.

LadyBird berkata...

romantik nye uncle im :D

:D.. moga2 lady dpt suami yg lebih baik dr uncle.. ;).. hihihihi

Unknown berkata...

Alhamdulillah IM..mudah2an IM sentiasa diberi kesabaran gred A menjaga hati dn perasaan ibu suri..bukan mudah..tidak semida sy menjaga 2 hero yg sedang meningkat remaja ini..

sud@is berkata...

jangakan ribut petir, kocakkan air dalam cawan pun mintak dijauhkan....

Aida Ali berkata...

Pengalaman rutin bila dicoretkan nampak sangat menarik dan mengusik jiwa. Suka baca...

hentian berkata...

ladybird,
dah sakit begini baru tahu erti romantika.

nyanyisunyi,
ke2-2 penjagaan itu perlukan kesabaran, hikmah dan tolak ansur yang tinggi.

sud@is,
kocak dalam cawan adalah lumrah hidup berkeluarga.

aidaali,
entah kenapa IM suka tulis pengalaman sendiri berbanding copy n patse.

Tanpa Nama berkata...

Dah bertahun2 hidup bersama, dah tahu apa di suka dan tidak disuka.

Semoga rumahtanggan IM bahagia selalu. Allah bersama orang2 yang sabar.

Bearcat berkata...

IM memang suami mithali....bertuah ibu suri.

rozie yuzaila yusof berkata...

Salam~
Setiap kesusahan ada kesenangan...mudah-mudahan dengan kesabaran tuan Allah kurniakan ganjaran didunia dan di akhirat.