BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, April 26, 2011

Bihun Goreng Kampung

Ahad lalu aku balik kampung. Tujuannya untuk mengambil set hantaran perkahwinan Angah yang aku minta adik-adik aku buatkan. Daya kreativiti ibu_suri sudah tumpul. Kalau tidak, selalunya dialah yang buatkan hantaran untuk adik-adiknya dahulu.

Foto Hiasan
Terasa letih memandu. Mengantuk. Kerap berhenti membasuh muka serta melonggarkan urat sarat. Mungkin kerana sebelum bertolak aku sempat beriadah di Tasik Mengkuang. Pepagi lagi aku terima sms dari blogger JH mengajak aku join sama berPATT. Aku tanpa fikir panjang bergegas ke sana dengan harapan dapat berjumpa sahabat yang lama tak ketemu.

Di kampung, adikku Duyah yang ditugaskan oleh keluargaku untuk menjaga kebajikan mak yang lumpuh sebelah badan, sempat memasak bihun goreng.

“Bihun goreng kampung ni, Yop. Mesti sedap punya.”

Dan ya.. memang sedap. Persis yang pernah mak masakkan untuk kami semasa kecil dahulu. Besar mata ibu_suri bila melihatkan aku tambah..satu senduk..satu senduk..hingga tegak belakang badanku menahan kekenyangan. Perencahnya simple sahaja. Taugeh dan sambal ikan bilis. Duyah senyum panjang melihat aku berselera makan bihun yang digorengnya. Seronok tengok Yop makan, ujarnya.

“Tau tak satu-satunya jenis sayur yang kita makan dari daun hingga ke akarnya?” Geleng kepala.

“Taugeh ni la…” terangku.

Aku teringat seorang kawanku yang cerewet dengan taugeh. Sanggup dia asingkan satu demi satu taugeh itu dari kelompok mee di dalam pinggannya semata-mata kerana dia pantang. Angin, katanya. Hmmm… muda-muda lagi dah ada pantang!

16 ulasan:

Cik SHiNJU berkata...

As salam IM...

Saya tgk gambar bihun tu pun terliur..huhuh...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan persediaan majlis berjalan lancar...Aminnn

Tanpa Nama berkata...

Assalamualaikum IM,

Memang selalunya kita akan rindu dengan apa juga makanan dan kuih muih kampong kita sendiri yang kita pernah makan masa kecik2 dulu.

Akak kalau balik ke Terengganu pada bulan Ramadhanm rabun mata tengok kuih2 asli terengganu, rasanya semua nak.

Kakcik Seroja berkata...

Kalau kakcik - pantang jumpa! :)

Unknown berkata...

lunch hari nie ayu ratah tauger masak goreng campur tahu.....
nyami.

PS: suka ayu, bila IM berselera makan dan menjalani kehidupan dgn kegembiraan..

Ariff Budiman berkata...

Entah kenapa bila hang tunjuk gambar bihun aku dah rasa teringin benor. Nak suruh isteri goreng bawa pergi kerja lah macam ni. jangan lupa jemput kenduri. Nak jadi DJ bersama JH. Ala free saja untuk kawan-kawan. Sumbang suara saja. jangan tak panggil yeop.Merajuk WN nanti tak mau tulis dah dalam blog. He he

sekadar satu coretan berkata...

kegemaran kite sekeluarga bihun ni..tak kisah bihun ape pun..semua makan jer..

nnpk sedap jer bihun tu....

ibuintan berkata...

makin sibuk ye IM...

walaupun stail kampong itulah yg menyelerakan jika kena gayanya

Bearcat berkata...

Sedap pulak tengok bihun tu...:-)

nadz berkata...

Assallamualaikum,
Bihun kampung memang sedap...
sekarang ni bihun dah campur macam2 bahan..dah tak berapa rasa bihun goreng..kekadang mcm makan sayur goreng pulak!

Mario berkata...

hehe...tauge mmg tak sedap...tp bila dah tau khasiat dia...mmg rugi klu tak makan...

Benjy berkata...

b3njy juga minat makan bihun goreng ... (ehellahhh c b3njy ni ... kau bukan kira bihun goreng je ... semua pun kau makan .. mengada-ngada) .. ekk ! ... hahahaha betul tu ... kekadang bahan2 yang simple digoreng best juga ...

p/s: menu kampung tetap menjadi pilihan hati ku.

ghost berkata...

setiap pagi selalu makan bihun goreng sebelum masuk keje...yang pasti ia makanan yang ringan...

sud@is berkata...

bihun goreng my fvrt......x kira lah.. kampung ke apa ke......

hrusli61 berkata...

Ahad aku ikut jalan bukit mungkin Abu ikut jalan mendatar.

Semalam selepas usrah gabungan aku, Ust Rozee, Ida dan Eida singgah restauran Fathani di Parit Busuk. Aku order Bihun Goreng bubuh telur mata kerbau. Tunggu punya tunggu bihun habis. Aku tukar kueh teow kungfu.

Teringi aku balik kampong :-(

NzA berkata...

sekurg2nya ada gak adik IM mewarisan bakat memasak mak...

Kakzakie Purvit berkata...

Pada kakak sebenarnya IM rindu masakan mak. Duyah mesti masak style mak itu yg buat IM kekenyangan....