BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Sabtu, November 07, 2009

Meragam

Masuk kali ini, hampir 10 kali aku keluar masuk bilik air. Entah di mana silapnya perut aku ini hingga meragam sebegini sekali. Udah 2 pasang kain dan 2 pasang baju terpaksa aku basuh semula gara-gara hilang kawalan sewaktu di dalam proses 'pembuangan' itu. Dan aku tak berani tidur sehingga aku telah pasti segala keracunan di dalam perut aku ini kembali neutral.

" Apalah, ayah! Demam masa cuti. Rugi la. Tak boleh ambil MC.. " Perli Angah bila lihat aku terbaring kerana demam. Memang, aku jarang ambil MC kerana aku jarang sakit. Tapi hari ini kulit badan mula terasa panas sedangkan dalam diri aku terasa amat sejuk hingga memaksa aku memakai selimut. Di sisi, ibu_suri asyik merenung aku tanda simpati.

Jam menunjukkan 4.15 pagi. Perut aku masih tak ok lagi ni. Perut pula terasa lapar. Angah, Along dan ibu_suri sedang sedap tidur berdasarkan bunyi dan selang seli dengkur mereka yang teratur dan syahdu.

Terasa kecil pula diri ini. Kesunyian malam mengingatkan aku, insan kerdil yang kini sedang mendaki anak tangga ke 50. Hampir tiba ke puncak kehidupan. Malah sikit hari lagi aku bakal menerima calun menantu. Dan jika janji Tuhan itu benar maka beberapa tahun terdekat ini aku akan menerima anugerah paling berprestij.... DATUK!

Alahai, tak sanggup aku membayangkannya...

Aku harap sebelum aku mengakhiri kehidupan di dunia ini, aku sempat untuk kembali semula ke jalan dakwah. Jalan yang pernah aku terokai semasa aku masih muda dahulu.

Ah, perut aku masih tak ok. Namun mata dah mula mengantuk. Rumah berselerak sedangkan keluarga mertuaku akan datang esok, mungkin!

4 ulasan:

Guru berkata...

assalammualaikum

first time ke rumah baru...
harap2 dah bertambah baik sakit perut tu... dan demam.

zai berkata...

Salam Abu..

Awat tak habaq kata nak pindah ke rumah baru..ingatkan dah merajuk tak mau berblogging dah..bagusla macam tu..cantikla blog ni..

Sakit tu kifarah atas segala dosa2 kita..bersabarlah banyak2. Perjalanan hidup kita mmg singkat..ttp arah tujuan kita ttp sama..mudah2an kita mampu bertemu lagi disana disatu tempat yang sama iaitu syurga yg menjadi idaman semua umat islam yg beriman.

hentian berkata...

erkss.. masih sakit lagi ni. baru tadi suruh anak belikan ubat kat farmasi. ibu_suri bising suruh pergi klinik. saya tak mahu pergi sebab bimbang susah nak ke bilik air nanti..

siksanya...

hentian berkata...

mana boleh merajuk dari blog, zai. menulis ni dah jadi darah daging sejak remaja. apatah lagi blog adalah podium bebas yang serasi dengan aku kini.

tangan gatal je...