BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Selasa, November 24, 2009

Mee Udang Juru

Bukan mudah untuk melalui cuti hujung minggu dalam keadaan diriku sekarang.

" Kita nak pi mana esok? " Soalan biasa ibu_suri sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

" Ha, you teringin nak makan apa? " Aku cuba mencari idea bila tidak tahu kemana lagi hendak kubawa ibu_suri jalan-jalan. Rasanya sudah hampir semua tempat yang aku tahu dan aku mampu bawanya berjalan. Terperuk sahaja di rumah selama 5 hari bekerjaku meyebabkan dia mahu aku membawanya bersiar-siar merelease tension bila saja ada peluang dari cutiku.

Walaupun sudah sudah ada kesepakatan untuk kemana hendak pergi, kesabaran masih tetap perlu dibekalkan secukupnya.

" Kita pi ikut jalan lama, ya! "

" Kita ikut highway la. Jalan lama takut tak sempat. " Aku cuba bertaici. Huu... jalan lama waktu-waktu begini pasti terkendon kaki menekan klac dan brek kereta.

Sebaik saja ternampak papan tanda JURU aku memutar stering ke kanan.

" Kita solat Asar dulu, ya! " bila saja ternampak menara Masjid Kampung Sekolah Juru.

Perkarangan masjid luas tapi lanskap luaran dan dalamannya sederhana sahaja. Masjid kampung, kira ok la. Aku pernah singgah solat di sini awal tahun lalu.



"You nak makan apa? "

" Mee Udang la.. you niii... " Aku segera memegang dagu. Silap teknik da...

" Mee ketam satu berapa? "

" RM45! "

" Haa... biaq betoi. Errr... Mee udang satu. Mee lakna satu. Fresh orange, ais bandong dan air suam. "

Sengaja aku minta mee yang lain dari ibu_suri. Aku malas nak kopek udang sebab itu aku order mee lakna yang ada banyak sayuran.

Sesekali aku melempar pandangan ke luar panorama Restoran Nelayan Kuala Juru ini. Banyaknya kulit kerang hinggakan timbunannya menjadi tambakan tebing laut.

Betapa enaknya makan di tepi kuala sungai ini. Dengan angin yang bertiup sepoi bahasa. Sesekali terdengar cebur air yang ditungkah bot nelayan. Sesekali kedengaran derai ketawa nelayan yang sedang berbual di atas jeti menampakkan kemesraan sesama mereka. Aku menumpang rasa tenteram mereka itu. Esok entah bagaimana jadual hidupku. Aku pasrah sahaja pada Tuhan.

Aku tiba-tiba teringat kan rakan-rakan JIM yang pastinya sedang sibuk dengan program remaja, ihtifal tadika dan ziarah hospital sedangkan aku ...

8 ulasan:

hrusli61 berkata...

Hidup ini ada dua hubungan yang perlu kita bereskan dengan baik.
1. Hubungan kita dengan Allah SWT
2. Hubungan kita sesama manusia
Salah satu hubungan kita dengan manusia ialah dengan isteri :-)

Kakcik Seroja berkata...

mee udang..

bila lah nak singgah kat kuala sepetang ni??? :(

hentian berkata...

kcs, kali ni bukan mee udang kuala sepetang tapi di kuala sungai juru.

Hanisham Ab Halim berkata...

Tak pernah makan lagi mee udang kuala sepetang ni....

MaMa MoDeN berkata...

salam,
saya pun kdg2 rasa bersalah bila tak dapat sumbang sdikt bakti pd jemaah. tapi bila difikir2kan semula khidmat bakti kita pd suami & anak2 lebih bmakna demi kebahgiaan hidup hati jadi redha.

bukan apa, takut tak ttunai amanah jika berebut2 nak buat semua...

dahulukan pada yg lebih memerlukan... I'ALLAH smoga amal bakti kita walau pd siapapun diterim Allah..

Bearcat berkata...

Sepupu aku kata depa pakat ratah ketam kat Juru sampai berlemoih-lemoih....buat aku teringin saja...

apakan daya, telan ayaq liuq sajalah buat masa ni :)

hj atan berkata...

dekat rumah saya ada mee udang abang ngah..warong kedua dari simpang masuk kat EON tu.

bila masuk tu usyar-usyar la belah kanan..order dulu 2 pinggan nanti saya mai dan bayar..

zai berkata...

hmm..mee udang ??? Lama dah tak makan..tunggu abu belanja la kot..tapi saya bayar sendiri hahaha..