Mengikut apa yang pernah aku terbaca dari media cetak, elektronik atau media siber begini:
Yang lahir pada tahun-tahun sebelum 1946 di istilahkan sebagai Silent Generation.
Lahir di antara tahun 1946 hingga 1959pula di panggil Baby Boomers.
Generasi X adalah mereka yang lahir antara tahun 1960 hingga 1979. Generasi Y pula yang lahir pada 1980 hingga 2009.
Agaknya kenapa mereka digelar Generasi Y? Lukisan oleh kartunis ini mungkin benar sebagai jawapannya.
Sebenarnya aku telah pun melihat budaya ini berkembang di Jepun pada era 90an lagi tatkala ikuti latihan industri yang dihantar oleh majikanku. Rakanku R yang sesama pergi memberitahu aku bahawa dia percaya budaya ini satu hari kelak akan menular di Malaysia. Nah, tidak salah terkaan R.
Bagaimana pula dengan generasi yang lahir pada 2010? Generasi Z? Harap-harap Generasi Z tidak pula memanjangkan budaya yang dibawa oleh Generasi Y.
Tugas kitalah Generasi X membendung kelansungan ini dari merebak melampaui batas susila fitrah manusia bertamaddun!
3 ulasan:
Yang selalu aku terserempak ialah remaja perempuan. Remaja lelaki, jarang...
Salam. Saya pernah terbaca perihal gen Y ni. Gen Y lahir dari famili Baby Boomers. Yang boleh membetul atau guide gen Y ialah Baby Boomers. Gen X tidak berapa efektif menangani Gen Y. In fact, gen X & gen Y sering tidak sehaluan. Allahua'lam. My stafs sekarang semuanya dari kalangan gen Y. Saya/Kita dari kalangan gen X.....X-men :-)
Catat Ulasan