BLOG BARU..

Sayugia ingin aku beritahu. Aku udah bina blog baru. Blog ini akan aku tinggalkan sebagai harta berharga dalam hidup.

Kalau sudi singgah di sini!

Terima kasih atas selama ini kalian tekun melayari blog aku mengutip pengetahuan dan memberi pandangan.

Rabu, November 18, 2009

Berpusing

Tatkala aku terbongkok-bongkok memutar spanar, terasa seperti hendak tumbang. Aku pegang bumbung kereta dan bersandar. Seketika Angah datang.

" Mai ayah, Angah buat. Tayar mana yang pancit ni? "

" Sini. " Aku menunjuk dengan kaki. Tak daya rasanya aku.

" Ayah rasa kepala ayah satu macam. " Gelap malam lebih menyukarkan aku untuk masuk ke rumah. Berpapah aku pada pintu pagar dan jeriji.

" You kenapa ni? " Heran ibu_suri melihatkan aku terhuyung-hayang. Aku meletak badan aku perlahan-lahan ke lantai. Baring. Aku lihat siling rumah berpusing-pusing. Bunga-bunga yang melekap di dinding juga begitu. Lampu dan bingkai gambar. Berita Utama tv3 aku dengar sayup-sayup di kejauhan. Tuhan, apa yang telah berlaku ini?

" You ni. Cakap la pasai apa. You jangan sakit. I sakit tak pa. " Goncangan dari ibu_suri tidak aku pedulikan. Aku memejamkan mata. Aku seperti nampak semuanya. Semua yang belum siap. Amalan. Tugasan. Tanggungjawap. Aku nampak semuanya. Semuanya yang seperti akan kutinggalkan. Isteri. Anak. Rumah. Adik-beradik. Kawan-kawan.

Aku tidak pernah rasai ini semua sebelum ini. Cuma pernah dengar dari mulut orang yang mengalaminya. Apa yang telah aku tersilap makan? Sakit apakah yang ada dalam tubuhku ini yang aku tidak ketahui?

Tidak lama, aku masuk ke bilik. Aku tidak peduli semua yang berada di luar dari diriku. Aku takut pada segala kemungkinan yang menerjah kotak fikiranku.

Aku cuba untuk tidak mahu tidur. Bimbang aku kiranya nanti tidak akan dapat bangun lagi. Tidak dapat melihat matahari pagi. Tidak dapat melihat bulan dan bintang. Dan yang pastinya aku takut untuk bertemu dengan Mungkar dan Nangkir.

Dapat aku rasakan ibu_suri menyelimuti tubuhku. Satu-satunya belaian ibu_suri yang sudah lama tidak aku nikmati.

Entah bila aku terlena. Cuma yang aku perasan ialah gambaran ibu_suri yang duduk di sisi persemadian abah tatkala aku ziarahnya di kampung baru-baru ini!

8 ulasan:

hj atan berkata...

Salam

Bila membaca tajuk seperti ini gerun jugak sebab aku ni lebih senior dari sudut umur.

Banyak sangat perkara yg masih tertanguh..kurang sana kurang sini.Amal pun ciput..

Tq..aku nak beramal byk sikit hari ni..

pecinta_Islam berkata...

hmm..saya rasa sy faham maksud yg terakhir tu..mungkin jg sy silap.wallahua'lam..

berhubung apa yg menimpa saudara ni,mungkin jg saudara ada menghidap penyakit darah tinggi..mmg kne jaga2..x leh tension2..bwt kerja terlampau berat sngt sehinggakan darah mengalir kt muka..muka pun jd merah jerk..dan mula rasa pening2..ye betul tu,kalau jd camtu elok bertenang dan baring tapi jngn tdo..itu jg yg sy slalu dngr..mudah2an sentiasa sihat hndknye.inysarallah

spy berkata...

kadang-kadang semua kerja kita nak buat..nak harap anak..emm..

pastu bila kita terkedang baru dia orang tau..nak suap kaji kat mulut kita..

MaMa MoDeN berkata...

Salam Insan Marhaen,
hati2, jagalah diri dgn baik..
jgn stres2 sgt... klu rasa sakit cepat2 makan ubat & rehat

hrusli61 berkata...

Baru-baru ini aku jatuh pokok, siapa pun tak tahu. Nak harap anak depa lebih suka tolong kawan depa je.

Guru berkata...

assalammualaikum

semoga tiada apa yang serius...

hentian berkata...

Alhamdulillah, aku masih ok dan mampu lagi menulis. Kejadian itu membuatkan aku lebih dekat dengan Tuhan!

Syahazli berkata...

rasanya pernah terbaca tentang keadaan macam ni, kalau tak silap disebabkan oleh ketidakseimbangan tekanan darah/aliran darah kebahagian kawalan keseimbangan. Selalunya terjadi masa mengcangkung atau bangun secara tiba-tiba......