Dapat tahu, blogger Warna Nostalgia (WN) kini berada di Hospital Pantai, Bayan baru, Pulau Pinang kerana demam bercampur bengkak di tangan. Aku ingin ucap takziah buat beliau dan berdoa muga beliau terus tabah menjalani kehidupan yang semakin petang.
| Warna Nostalgia |
WN adalah antara beberapa sahabatku yang akrab. Kami dan blogger Jendela Hati sama-sama menyertai Jamaah Islah Malaysia, menubuh kumpulan nasyid Muhajjir dimana WN adalah pemain bonggo dan juga menyertai Pertubuhan Seni Silat Pusaka Gayong Malaysia. Beliau juga aktif sebagai AJK surau di flat kediamannya.
WN juga seperti aku. Pernah melalui saat getir dan perih dalam menjaga isteri mulanya dahulu yang mengalami apa yang diistilah sebagai buatan orang yang dengki. Selepas isteri mulanya meninggal dunia, hidupnya kini terurus dengan kehadiran isteri baru.
Istimewanya WN ialah beliau dikurniakan oleh Allah kelebihan untuk melihat makhlok yang di luar dari alam nyata yang kita manusia tidak boleh melihatnya.
Apa-apa pun, kita sebagai penggiat dunia blog, marilah sesama berdoa muga beliau akan terus sihat dan dapat kembali meneruskan amal ibadah disamping terus berblogging. Sekalipun kita tidak dapat menziarahinya di hospital, memadai dengan menziarahinya di sini.
WN, Agi idup Agi ngelaban!