Entah kenapa hatiku berdebar-debar sejak semalam. Hendak menulis pun persis dipaksa-paksa. Memang begitu selalunya aku ini. Sesekali, permasaalahan yang datang adalah sekaligus dan terasa seperti timpa-menimpa. Ada yang perlu aku selesaikan segera. Ada yang aku kira masa juga yang akan menentukannya.
Aku tahu bahawa tenang, sabar dan doa adalah kata kunci untuk menempuhinya. Terasa diri amat kesaorang ketika ini. Ufffsss......
Semalam aku menerima emel dari adikku di Shah Alam. Tiba-tiba teringat abah, katanya. Aku minta izin untuk rakamkan tulisannya itu ke blog
SRI MERSING, blog yang khusus aku buatkan untuk keluargaku.
SRI MERSING adalah nama yang aku ambil sempena lagu kegemaran abah. Abah selalu menyanyikan lagu ini jika ada jemputan di majlis kenduri kahwin. Dulu, kalau kenduri takada kugiran, tak sempoi la. Kalau tak salah, populariti kumpulan The Zurah juga berasal dari aktiviti di majlis kenduri kahwin begini.
 |
foto sekeluaarga sekitar 70an.. |
Abah aku memang seorang yang biasa sahaja. Kerja dengan Majlis Bandaran Ipoh. Bila petang, dia mencari duit tambah dengan memesin rumput di rumah Cina di sekitar Taman Ipoh atau Taman Canning. Pada dia, kalau duit tinggal RM50 dalam kocek, kira dah tak ada duit lah tu. Mesti cepat-cepat cari duit tambahan lain. Dengan kerja yang begitulah dia boleh menyara kami 9 beradik. Tidak seperti aku, anaknya yang sulong ini. Duit dalam kocek tinggal habuk pun boleh rileks lagi.
Betapa indahnya jika dapat kembali hidup di zaman itu. Zaman mandi di sungai, menoreh getah dan mendulang bijih timah!